Era digital ini, ramai menghabiskan banyak masa di hadapan komputer, laptop, TV dan peranti mudah alih (tab) yang akhirnya akan mengakibatkan ketegangan dan kekeringan mata. Tambahan pula ketegangan dan kerengsaan mata turut berlaku akibat pencemaran persekitaran seperti asap, habuk, jerebu dan penghawa dingin. Kesemua ini menyumbangkan kepada pelbagai peringkat kerengsaan mata daripada biasa hingga ke tahap kompleks.
Oleh yang demikian, anda mungkin ingin membiarkan mata anda rehat untuk seketika atau memberikan setitis ubat titis mata Rohto kepada mata anda untuk mengekalkan lembapan pada mata serta memberikan kelegaan yang menenangkan terhadap mata kering dan gatal.
Apabila menyentuh tentang kesihatan mata, ubat titis mata memainkan peranan besar terhadap kesihatan dengan memberikan keselesaan yang menyegarkan sepanjang hari. Memperkenalkan Rohto, jenama nombor satu di dunia dalam bidang penjagaan mata1, Rohto Cool Eye Drops didatangkan dengan formulasi dingin yang unik.
Ia memberikan mata anda sensasi dingin yang amat menyegarkan. Tidak seperti ubat titis mata lain yang boleh didapati di pasaran, formula dingin membantu menggalakkan mata untuk mengeluarkan air mata secara semulajadi untuk membantu melembap dan melegakan mata; mengurangkan kelesuan mata dengan meningkatkan kejelasan imej pada penglihatan.
Rohto® Cool Eye Drop dijual pada harga RM16.90 (termasuk GST) sebotol dan boleh didapati di farmasi dan pasar raya utama di seluruh negara. Ubat titis mata ini didatangkan dalam botol lutsinar, langsing dan bergaya Ubat titis mata ini sesuai digunakan sama ada dengan atau tanpa kanta lekap.