NU Skin Enterprise telah dibangunkan sejak 30 tahun lalu untuk membekalkan para pengguna dengan produk inovasi yang comprehensif -menawarkan solusi kecantikan dan kesihatan terbaik.
Ia telah bertapak di lebih 50 buah pasaran seluruh dunia, NU Skin sentiasa komited untuk memperkasa warga global dengan kerja-kerja amal serta pelbagai kempen melalui “Force For Good” bermula pada tahun 1984.
Untuk pengetahuan anda, selari dengan matlamat murninya itu, pada 16 May 2016 ini, Nu Skin Malaysia akan menganjurkan kempen derma darah yang ke-13 bertempat di Nu Skin Sdn. Bhd, PNB Darby Park Retail.
Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan. Sesunguhnya setengah liter darah bisa menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga (3) nyawa. Jadi, tidak salah rasanya untuk anda sekali-sekala menderma demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Sebagai sebahagian prosedur untuk menderma darah, antara persediaan yang harus anda patuhi sebelum menderma adalah:-
- Makan makanan yang tidak terlalu berat dan minum secukupnya.
- Bawa kad penderma, lesen memandu atau dua (2) bentuk lampiran identiti yang lain.
- Nyatakan nama medikasi atau ubat-ubatan yang anda sedang ambil ketika ini (jika ada).
Langkah yang harus diikuti ketika menderma darah:-
- Mendaftar -Daftar maklumat diri dan nyatakan kondisi kesihatan anda.
- Pemeriksaan Kesihatan Ringkas -Nadi dan tekanan darah anda akan direkodkan, malah kadar hemoglobin anda juga akan diperiksa untuk disampelkan.
- Proses Menderma – Ia mengambil masa selama 8-10 minit untuk anda baring dan selesakan diri.
- Jamuan Ringan -Anda akan dijamu dengan sedikit makanan dan minuman untuk menyambung semula hari anda selepas 10-15 minit melalui proses menderma.
Selain dari anda boleh membuat suatu kebaikan yang tiada nilainya, anda sebelnarnya berpeluang untuk beroleh 5 kebaikan daripada melakukan derma darah, ini termasuk:-
- Anda boleh meneliti dan mendapat tahu jikalau anda sebenarnya mempunyai sebarang penyakit tanpa anda sedari.
- Mengurangkan zat besi berbahaya yang memacu tubuh anda ke arah komplikasi kesihatan.
- Menurunkan risiko menghidap serangan jantung.
- Mengurangkan risiko untuk menghidap kanser.
- Membangunkan emosi positiviti dalam diri dengan membantu orang lain.
Jangan lupa untuk sertai kempen derma darah anjuran NU Skin pada Isnin, 16 Mei 2016 dari jam 11am hingga 4pm bertempat di:-
Nu Skin (Malaysia) Sdn. Bhd *klik untuk rujuk peta lokasi
Ground Floor, PNB Darby Park Retail,
No. 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nuskin.com