Lazimnya, jenama fesyen terkini sering tampil dengan gaya koleksi yang menonjol serta berkonsepkan elemen mewah sepenuhnya, tetapi lain pula yang cuba diketengahkan oleh Timberland untuk rekaannya musim ini.
Seperti yang ramai anak muda gemar menggayakan, pakaian kasual selesa adalah pilihan yang paling bertepatan untuk disarungkan sehari-hari. Selain selesa, si pemakai turut bakal rasakan jiwa bersahaja. Meskipun minimalis, ia masih bercirikan penggayaan mantap, selari dengan trend fesyen masa kini.
Sebagai sebuah kelahiran baru, Timberland memperkenalkan koleksi istimewa untuk Musim Bunga/Panas 2016 yang dihasilkan dengan sentuhan moden walaupun material dan perincian yang diterapkan dalam setiap satu helaiannya adalah minimalis.
Tampak lusuh dan usang bagai dimakan cahaya matahari serta diterkam oleh ketajaman air laut masin, koleksi musim Bunga/Luruh terkini dari Timberland ini memang sengaja direka sebegitu rupa agar secara tidak langsung bisa menghuraikan kesinambungan gaya relaks, ringkas, mudah dipakai dan praktikal, sesuai dijadikan gaya asas sepanjang musim panas!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.timberland.com.my