Yuna, penyanyi tanah air yang telah menempa nama di Amerika Syarikat tampil dengan video muzik untuk single terbarunya, ‘Crush’ iaitu berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Usher.
Sebelum ini, Yuna telah memuat naik video belakang tabir pembikinan video muzik itu dan juga beberapa ‘teaser’ di akaun Instagram beliau.
Ketika ini, video ‘Crush’ boleh ditonton secara eksklusif menerusi portal terkenal dari negara Uncle Sam, The Cut oleh majalah New York.
Tonton Muzik Video Yuna – ‘Crush’ ft. Usher
Video muzik single itu dirakam di City Hall, Los Angeles dan penghibur itu memilih hitam putih sebagai tema utama.
Peminat tanah air yang menonton klip berdurasi 4 minit 11 saat itu ternyata gembira dengan video muzik terbaru itu.
https://twitter.com/IzzhAthrh/status/724474146378260480
Sis @yunamusic me so proud and happy #crush. I know u do too #yunacrushmv #standO xoxoxo till eternity
— Syed Zainal Abidin (@syedzmusic) April 25, 2016
https://twitter.com/Herondaze_/status/724698910728409089
@BET_Soul @Usher @yunamusic Loving every second and frame!! Filled with pure 'in love' emotions ❤️
— 😽 (@Kath_Team_UR) April 25, 2016
Namun ada juga peminat yang kecewa dengan klip itu, khususnya tema hitam putih yang dianggap tidak sesuai.
@kakazamani i know, ramai gak the others ksmy yg kecewa weh, b&w theme mmg tk kene langsung 😒😒😒😒
— FZL (@fzlthmn) April 25, 2016
https://twitter.com/mzrnzm/status/724811529569353728
https://twitter.com/kakazamani/status/724645275713691648
‘Crush’ dilancarkan pada Februari dan bakal terkandung dalam album ‘Chapters’ untuk pasaran Mei ini.