Belum habis dengan trend rambut pastel, kini timbul pula satu lagi ciptaan yang sedang trending di seluruh dunia! Tidak dinafikan, alat solek adalah teman baik wanita, lebih-lebih lagi buat si “makeup junkie” yang tidak bisa keluar rumah tanpa secalit pemerah pipi mahupun garisan eye liner.
Highlighter adalah sejenis serbuk yang bisa menaikkan aura seri pada wajah seseorang dengan memberi kilauan natural seolah-olah wajah and licin dan gebu kala dipancar cahaya. Ia selalunya disapu betul-betul pada permukaan kulit atas dari tulang pipi selepas sapuan blusher, melengkapkan lagi komponen solekan wajah sempurna selain sapuan bronzer.
Bukan itu sahaja, kebanyakkan serbuk highligter yang biasa dikeluarkan oleh jenama kosmetik terkemuka seperti M.A.C, Bobbi Brown, Becca dan lain-lain secara dasarnya hadir dalam rona putih susu, rose gold, champagne, kuning air mahupun dusty rose. Jika ianya hadir dalam palet berwarna sekalipun, warna yang bakal dihasilkan sebaik sapuan dibuat pada permukaan pipi adalah cuma biasan kilauan biasa yang tidak lari dari rona kuning, jingga mahupun putih kemerah-merahan. Tetapi, lain pula dengan keluaran highlighter dari sebuah jenama indie yang berasal dari Las Vegas ini.
Perbezaan warna yang dihasilkan oleh rainbow highlighter “PRISM” keluaran jenama indie Las Vegas digelar “Bitter Lace Beauty” (foto atas) dan highlighter dari jenama M.A.C (foto bawah).
Apa yang menarik perhatian gadis dan wanita dari seluruh dunia, selain ianya buatan sendiri (homemade), serbuk highlighter yang dihasilkan Bitter Lace Beauty adalah menggunakan kesinambungan warna-warna pelangi termasuk Ungu, Biru, Kuning, Hijau, Jingga dan Merah. Bahkan, efek kilauan yang diberikan keatas wajah juga kelihatan sungguh artistik dan nyata!
Yup! Anda bakal kelihatan seperti seekor kuda pari-pari si “Unicorn” apabila anda menggunakan highlighter unik ini.
Seperti juga gelarannya, rainbow highlighter yang diberi nama PRISM ini bakal memberi sensasi kilauan gradien yang berupa elemen optikal lut sinar -Prisma.
Warnanya memang cantik! Tetapi, sejauh mana anda berani untuk menggunakan highlighter ini sebagai rejim solekan harian?
Mungkin ia kelihatan agak pelik jika diamati, namun penulis sangat yakin, jika ramai gadis dan wanita yang memilih untuk menyapu highlighter berwarna-warni ini di pipi mereka, pasti ia akan menjadi ikutan trend yang kemudiannya melekap sebagai norma dalam masyarakat masa kini. Sesuailah untuk gaya solekan musim bunga 2016 yang lebih ceria!
Tak salah jika anda mahu mencuba sesuatu kelainan. Meskipun tampak janggal, jika anda yakin, ianya pasti kelihatan hebat! Anda boleh lawat laman Etsy www.etsy.com untuk membeli siri highlighter Prism mewah ini! Harga yang ditawarkan adalah dari $28 hingga $68 mengikut saiz dulang highlighter.
Instagram: www.instagram.com/bitter.lace.beauty