Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Food Connection Malaysia 2016: Produk F&B Terbaik New Zealand Ada Di Malaysia

by Afiqah Syamin
April 21, 2016
Wakil-wakil dari produk jenama New Zealand yang menyertai Food Connection Malaysia 2016 mengambil foto kenangan bersama. Foto -Arkib Wanista

Wakil-wakil dari produk jenama New Zealand yang menyertai Food Connection Malaysia 2016 mengambil foto kenangan bersama. Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

New Zealand adalah sebuah negara yang terkenal dengan sumber alam semula jadi serta keindahan pemandangan gunung-ganang menghijau yang sungguh mengagumkan. Bahkan, negara tersebut juga merupakan pembekal utama bagi pasaran dunia untuk keperluan ruji seperti produk tenusu, daging segar, buah-buahan dan makanan laut. Faktor iklim, kesuburan tanahnya serta pemencilan relatif pulau berkenaan sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pengeluaran yang pelbagai -dari binatang ternakan kambing biri-biri dan lembu hinggalah kepada tanaman kebun yang kaya dengan nutrisi.

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand HE Dr. John Subritzky (kanan), Duta jenama Shott, Lorietta Bahr (tengah) dan Pesuruhjaya Perdagangan Bahagian Malaysia, Matt Ritchie (kiri). Foto -Arkib Wanista
Pesuruhjaya Tinggi New Zealand HE Dr. John Subritzky (kanan), Duta jenama Shott, Lorietta Bahr (tengah) dan Pesuruhjaya Perdagangan Bahagian Malaysia, Matt Ritchie (kiri). Foto -Arkib Wanista

Tempoh hari, sebuah acara tahunan gilang-gemilang Food Connection Malaysia telah diadakan di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada beberapa jenama pengeluar makanan dan minuman dari New Zealand melebarkan sayap perniagaan di Malaysia serta mempamerkan produk hasil inovasi terbaik mereka. Tidak dinafikan, kebanyakkan produk juga adalah halal, sesuai bagi kegunaan masyarakat Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.

Pic bergambar bersama produk mentega kacangnya yang terkenal, Pic's Peanut Butter. Foto -Arkib Wanista
Pic bergambar bersama produk mentega kacangnya yang terkenal, Pic’s Peanut Butter. Foto -Arkib Wanista

Lebih 16 jenama hebat ditempatkan dibawah satu bumbung untuk memperkenalkan kelebihan dan keistimewaan produk makanan dan minuman yang dikeluarkan syarikat mereka. Antara nama gah yang terlibat adalah:-

PEMBEKAL MINUMAN WINE

  • Babich Wines
  • Giesan Wines
  • Mudhouse
  • New Zealand Unlimited

PEMBEKAL MAKANAN LAUT (Halal)

  • Sealord
  • Talley’s

PEMBEKAL DAGING SEGAR (Halal)

  • Pure South

PEMBEKAL PRODUK TENUSU (Halal)

  • Emerald Foods -NZ Natural
  • Fonterrra Brands
  • Kapiti Ice Cream
  • Spring Sheep Milk Co.
  • The Tantua Cooperative Dairy Company

PEMBEKAL SNEK, MINUMAN SIHAT & LAIN-LAIN (Halal)

  • Eco Healthy Foods
  • DM Dunningham
  • Shott Beverages
  • The New Zealand Dessert Company
Foto -arahi.nz
Foto -arahi.nz

Salah satu produk yang menarik perhatian pengunjung pada acara Food Connection Malaysia tahun ini adalah Arahi, *klik pada pautan merah untuk lihat …disebut (aah-rah-hee) iaitu sejenis minuman jus anggur tanpa alkohol yang premium. Diramu menggunakan anggur terbaik dari jenis Merlot (anggur biru gelap) dan Sauvignon Blanc (anggur hijau). Minuman istimewa ini adalah berasakan jus anggur segar dan apa yang membezakannya dengan wine adalah ia tidak diperam seperti wine.

New Zealand sentiasa komited untuk membekalkan keperluan yang selamat dan berkualiti kepada negara pengimport luar. “Setiap hari, lebih 2,600 penghasil makanan mencipta makanan enak yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk tubuh manusia khas untuk majoriti penduduk negara Asia,” jelas Pesuruhjaya Tinggi New Zealand HE (His Excellency) Dr. John Subritzky.

Bukan itu sahaja, malah New Zealand bertindak sebagai satu dari dua buah negara yang banyak mengeksport hasil makanan ke Malaysia sekaligus menjadikannya negara di tangga yang ke-9 memilki pasaran eksport terbesar -melebihi dari kadar separuh dengan jumlah dagangan yang kian meningkat setiap tahun.

Jika anda berminat, kebanyakkan produk makanan dan minuman New Zealand ini mudah didapati di pasaraya Cold Storage, Jaya Grocer, AEON, TESCO dan beberapa pasaraya terkemuka lain.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.newzealand.com

Tags: ArahiDaging SegarFood Connection Malaysia 2016kesihatanmakananmakanan lautminumannew zealandPameran Produk & Makanan New ZealandPerniagaanProduk TenusuWine
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.