Kenny Rogers Roasters adalah jenama restoran ayam panggang yang tidak asing lagi di Malaysia. Ianya tidak ketinggalan pernah menjadi igauan peminat ayam panggang ketika mula-mula bertapak di tanah air, Kuala Lumpur sekitar tahun 1994 yang lalu.

Konsepnya yang santai, mengetengahkan menu versatile yang sesuai untuk makan malam keluarga ditemani dengan hidangan sampingan panas dan sejuk -melengkapkan lagi komposisi hidangan sempurna untuk dinikmati serta dikongsi bersama tersayang. Tidak dinafikan, Kenny Rogers menyediakan setiap hidangannya dengan menggunakan ramuan berkualiti dan sihat!
Bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-22 di Malaysia, Kenny Rogers mahu menawarkan serba-serbi ganjaran lumayan kepada para pelanggan setianya menerusi kempen “22 Deliciously Healthy Years”.

Bagi pelanggan yang makan di mana-mana restoran Kenny Rogers Roasters seluruh Malaysia, anda bisa menikmati Country Style Chicken Soup serta segelas teh lemon ais secara percuma apabila memesan mana-mana hidangan utama.
Untuk menebus tawaran hebat, pelanggan perlu menunjukkan kongsian di laman Facebook peribadi, baucar, baucar elektronik, keratan akhbar atau SMS kepada pelayan restoran yang bertugas ketika masuk ke restoran.
Christina Chong, Pengurus Pemasaran Berjaya ROASTERS (M) Sdn. Bhd. berkata, “Kami sangat gembira untuk memberi ganjaran seumpamanya kepada para pelanggan yang dikasihi bersempena sambutan ulang tahun ke-22 ini. Kami mengundang rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian usaha kami demi menyebarkan nikmat kegembiraan bersama.”
“Kenny Rogers Roasters adalah makanan sihat yang rendah kalori malah berkualiti, khas untuk semua termasuk golongan yang kurang bernasib baik,” ujarnya lagi.

Sebagai inisiatif menyediakan makanan sihat lagi lazat bagi yang kurang bernasib baik, Kenny Rogers Roasters turut bakal mendermakan Kenny’s Quater Lite Meal kepada mana-mana badan kebajikan terpilih, merujuk kepada pos individu yang menerima lebih 22 likes di akaun Facebook mereka.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.krr.com.my atau hubungi talian 03-21199888.