Baru-baru ini penulis berkesempatan tinggal di Rendezvous Hotel Singapore. Apa yang boleh dikatakan pengalaman tinggal di hotel ini sememangnya tidak akan dilupakan. Untuk anda yang meminati seni, ini hotel terbaik untuk anda! Kenapa?
Rendezvous Hotel bertempat di sebuah bangunan kolonial yang elegan, unsur-unsur ‘retro’ dan reka bentuk dalaman kontemporari Rendezvous Hotel memberikan pengalaman kebudayaan yang menarik kepada para pengunjung. Terletak berhampiran dengan muzium-muzium ternama seperti Singapore Art Museum dan National Museum Singapore, hotel tersebut turut menyediakan kemudahan akses untuk lawatan muzium di merata negara.


Dianjurkan sebagai sebuah pusat pemupukan seni, Rendezvous Hotel berazam untuk menyokong kerja-kerja seni melalui gabungan dan insiatif dengan masyarakat seni, dan membawa kepada penghayatan seni yang autentik.
Mendapatkan insipirasi daripada warisan dan budaya yang kaya di Kota Singa, Rendezvous Hotel menunjukkan komitmen yang sama dalam penghayatan kesenian dengan ciri-ciri tempatan dan autentik.


Para tetamu dibimbing oleh perwatakan hotel yang berinspirasikan seni untuk menjadi sebahagian daripada budaya seni tempatan, seperti Bilik Club yang mencerminkan tema-tema yang menyerlah. Reka bentuk enklaf kesenian ini besepadu dengan suasana National Gallery Singapore dan membenarkan para tetamu untuk menghargai seni dengan lebih mendalam.


Di setiap tingkat, anda akan dihiasi dengan ruangan menunggu yang cukup cantik dan penuh dengan kesenian serta tema yang berbeza. Di sini, anda boleh buat ambil gambar OOTD (outfit of the day) dan semestinya selfie!



Stait Cafe @ Rendezvous
Menyediakan pelbagai aneka makanan yang cukup lazat dan menyelerakan. Menu akan bertukar dari semasa ke semasa. Mesti cuba adalah pelbagai aneka pencuci mulut untuk anda yang ‘gilakan’ durian sebab dekat sini ada kek durian, durian puff, dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, aneka makanan laut juga sangat segar dan sememangnya cukup membuatkan anda terliur. Satu lagi yang menarik adalah Nyonya Laksa yang pernah memenangi anugerah tertinggi ‘Excelence Food Award 2002’. Penulis dah cuba, memang cukup lemak, nikmat dan menyelerakan. Makan sekali rasa nak tambah lagi!






Terletak di di kawasan seni dan warisan Singapura, Hotel Rendezvous Singapura akan melibatkan para tetamu dalam pengalaman seni pelbagai deria melalui bermacam-macam medium seni, daripada ukiran statik dan lukisan kepada pemasangan seni multimedia interaktif berteknologi tinggi.
Antara kemudahan yang terdapat di Rendezvous Hotel :



Elemen retro di seluruh kawasan menawarkan pendampingan menarik kepada seni bina kontemporari di hotel, memancarkan gabungan yang sempurna kesenian masa lalu dan yang baharu.
Satu lagi yang memudahkannya adalah hotel ini terletak 5 minit dari stesen MRT Bras Basah dan DhobyGhaut, jadi anda tak sesat bila pergi berjalan-jalan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.stayfareast.com.