Bunga adalah sejenis tanda yang bisa melambangkan perasaan anda terhadap seseorang. Dalam cerita-cerita cinta sekalipun, pasti si pria akan menggunakan bunga sebagai objek penyampaian bagi menunjukkan rasa sayang dan kasih pada si gadis atau wanita idamannya. Ya lah, perempuan itu diibaratkan seperti bunga, sama seperti kiasan yang orang lama-lama selalu gunakan “Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor”.
Oleh itu, penulis yakin bahawa ramai di antara kaum hawa yang gemarkan bunga kan? Pernah ke teman lelaki anda hadiahkan anda jambangan bunga?
Memandangkan Malaysia bukanlah negara empat musim yang mudah untuk mendapatkan sumber bunga-bungaan segar yang cantik seperti di London mahupun negara-negara barat yang lain, sehingga mereka mempunyai pasar bunga segar khas seperti Colombia Road Flower Market yang terletak di England, menjual pelbagai jenis kuntuman bunga pada harga yang berpatutan.
Di sini, Wanista nak berkongsi senarai kedai bunga paling top yang ada di sekitar Lembah Klang! Ha… lepas ni senanglah anda nak mencari atau membuat tempahan jambangan bunga segar yang sempurna mengikut cita rasa dan kesesuaian majlis. Lagipun, Hari Ibu dah dekat ni! Bolehlah anda mula untuk mencari-cari, maha tahu jika ada yang berkenan di hati 🙂
***Sila klik pada nama kedai bunga yang berwarna merah jambu untuk pautan terus ke akaun Instagram
Mempunyai banyak pengalaman membuat gubahan untuk majlis keraian besar-besaran yang dianjurkan oleh jenama kecantikkan terkemuka. Untuk sentuhan moden yang minimalis, anda pasti mahu menempah dari BloomThis!
Untuk kelaianan yang mengusik kalbu, Lafleur.co ada menawarkan gubahan bunga artistik.
Mengambil inspirasi dari gubahan bunga mewah Maison Des Fleurs, La Floraison KL membuka peluang kepada orang di Malaysia untuk memiliki gubahan bunga yang pernah menjadi trending di media sosial suatu ketika dahulu.
Michelles Flowery bijak menggunakan kreativiti untuk mencipta suatu kelainan!
Siapa sangka, sekuntum ros ringkas sebegini pun sudah memadai untuk dijadikan tanda cinta buat mata air anda!
Jika anda seorang yang ekstrem, anda pasti jatuh hati dengan jambangan bunga eksentrik ala hipster oleh Zahuohang.
https://www.instagram.com/p/BAto0C5n66c/?taken-by=zahuohang
Gubahan senada yang dipersembahkan khas dalam kotak bersegi ini secara tidak langsung menampakkan ciri-ciri classy!
FlorisIstana juga menerima tempahan untuk gubahan hantaran tahu?
Alahai! Siapa yang tidak gugur jantung melihat kecantikan bunga baby’s breath ini?
Tulip adalah simbolik dengan maksud cinta sejati. Tidak seperti ros, meskipun bentuknya ringkas bersahaja, ia masih mampu menyebarkan aura keasyikan.
https://www.instagram.com/p/BBEiKG_ku4b/?taken-by=bymiemiemoemoe
Jambangan bunga aromatik jenis Lavender ini pasti buat si penerima bingkas terpegun!
Siapa bilang bunga layu itu tidak menawan?
Gabungan Ros metalik rona emas dan hitam ini memang mengancam!
Byprettypetals memang prihatin dengan permintaan para pelanggannya.
Definasi kegembiraan dan keceriaan bisa dilihat dari setiap jambangan bunga Black Burlap.
Unik dan tersendiri, hanya dari H. Floriste.
https://www.instagram.com/p/79cggZOHgC/?taken-by=hfloriste
Ada yang suka dengan jambangan bunga rona pastel?
https://www.instagram.com/p/BDrkbDEof9L/?taken-by=dreamincolours
Orkid lah!
Tenang hati, setenang-tenang air di sungai apabila melihat jambangan Bunga Matahari dari Flory Moly Florist!
https://www.instagram.com/p/BCCTHumAT4Z/?taken-by=florymoly.florist
Jambangan Bunga Teluki (Carnation) segar yang kelihatan sangat seksi dan menggoda!
https://www.instagram.com/p/BCHaiexRYUD/?taken-by=fleurnthechecklist
Mekar.my ini memang terkenal dengan jambangan mini! Comel sangat!
Okay! Jangan lupa kongsikan senarai kedai bunga ini bersama dengan kenalan mahupun teman lelaki anda tau? Boleh bagi hint kepada mereka supaya mereka tahu di mana nak dapatkan anda jambangan bunga yang awesome! 🙂