Sekarang ini nak beli barang kelengkapan rumah, sangatlah mudah dengan adanya CJ Wow Shop!
CJ WOW SHOP, rangkaian membeli-belah di rumah inovatif yang menyatukan televisyen, platform-platform dalam talian dan mudah alih, telah dilancarkan hari ini sebagai suatu revolusi industri. Dengan menyediakan kemudahan membeli-belah menurut keselesaan mereka sendiri, rakyat Malaysia kini boleh menikmati suatu pengalaman membeli-belah baru mulai 1 April 2016.
CJ WOW SHOP siaran demonstrasi yang komprehensif merentasi saluran media utama iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton. Para pelanggan boleh membuat pembelian melalui panggilan ke talian bebas tol, atau melayari laman sesawang membeli-belah dalam talian dan juga melalui pilihan aplikasi mudah-alih, samada di rumah ataupun di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
“CJ WOW SHOP membawa pembaharuan terkini. Dengan menawarkan suatu perkhidmatan berorientasikan pelanggan dan pengalaman baru, kami sedia merombak sektor membeli-belah di rumah di Malaysia,” ujar Mr. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP.
“Di CJ WOW SHOP, kami menemui dan menyampaikan produk berkualiti tinggi yang bertujuan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Kami juga mempamerkan produk-produk ini kepada penonton dengan cara yang paling menarik menerusi dunia shoppertainment,”tambah Kim.
CJ WOW SHOP ketika ini menawarkan aneka produk dari pelbagai kategori seperti kediaman & kehidupan, kecantikan, fesyen dan digital. Produk-produk tersebut terdiri daripada barangan terbaharu hasil rekaan pencipta-pencipta Korea bagi memudahkan kehidupan, serta jenama tempatan dan global yang berjaya memberi manfaat kepada berjuta-juta isi rumah. Terdapat juga rancangan untuk menawarkan produk makanan dan perkhidmatan seperti pakej pelancongan pada masa depan.
Saluran CJ WOW SHOP
Sebanyak 990 minit sedutan khas:
- TV3: 0600 – 0700 (60min)
- ntv7: 0600 – 1300 (420min)
- 8TV: 0600 – 0900 (180min)
- TV9: 1000 – 1200 (120min) / 1230 – 1600 (210 min)
Talian bebas tol: 1800-18-0808
Laman sesawang cjwowshop.com.my
Aplikasi mudah alih “CJ WOW SHOP” boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store.