Sebuah syarikat kesihatan terkemuka yang berasaskan penyelidikan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) baru sahaja melancarkan cecair kumur Sensodyne yang berupaya memberi perlindungan mulut untuk gigi sensitif selama 24 jam.
Sebagai langkah penjagaan mulut yang lengkap, Sensodyne komited mahu menggalakkan pengguna membersih mulut secara menyeluruh, bukan dengan hanya memberus dan mengflos, malah cecair kumur yang kemudian digunakan sebagai alternatif perlindungan juga bisa menjadi sebahagian rutin penjagaan gigi optimum dalam kalangan rakyat Malaysia yang rata-ratanya memandang ringan akan kesihatan gigi serta kebersihan mulut.
“Sekitar 34% – 40% individu dewasa Malaysia yang menghidap gigi sensitif, namun mereka langsung tidak pernah mencari jalan penyelesaian bahkan belajar untuk hidup dengan kesakitan itu sepanjang hidup mereka”, jelas Dr. Army Empol, Perunding Dalam Bidang Pemulihan Gigi.
Angka pesakit gigi sensitif di Malaysia telah meningkat dan sudah tiba masanya Sensodyne memperkenalkan satu langkah mudah dengan melancarkan ceciar kumur bagi penjagaan oral rapi untuk diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Ia adalah berasaskan bahan aktif seperti Potassium Nitrate dan Sodium Fluoride untuk membersih mulut secara menyeluruh, menghasilkan nafas segar, melindung dari sensitif gigi melampau dan menghalang kerosakkan gigi dengan berkesan dalam lingkungan 24 jam.
Secara tidak langsung, apabila gigi seseorang tidak lagi memberi masalah kepada si pemiliknya, sudah tentu kualiti hidup bisa dijana semula, bahkan keyakinan diri juga turut terjamin.
Lengkapkan rutin penjagaan gigi anda hari ini dengan cecair kumur sensodyne. Gunakan cecair kumur Sensodyne 2 kali sehari selepas memberus untuk kekal ceria bersama teman dan keluarga tercinta. Jangan biarkan masalah gigi sensitif menggugat kebahagiaan anda, selain menghalang nikmat anda untuk menikmati makanan sejuk kegemaran.
Cecair kumur dan pencuci mulut Sensodyne ini boleh didapati dalam dua perisa menyegarkan iaitu Extra Fresh untuk rasa bunga berempah dengan sedikit sentuhan Vanila manakala Cool Mint pula untuk rasa sensasi teh hijau, menthol dan pudina. Cecair kumur ini mendapat status halal dan tidak mengandungi alkohol.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sensodyne.com.my