Fenomena penyebaran haba dan kepanasan terik El Nino yang sedang melanda tanah air kini amat membimbangkan sehingga ada individu yang pengsan, malah juga maut apabila terdedah dengan keadaan cuaca yang sangat ekstrem saat ini.
Suhu kepanasan yang mencapai 40°C memaksa pihak kerajaan untuk menutup beberapa buah sekolah di daerah yang tertentu seperti di Kedah dan Perlis. Ini menunjukkan betapa risiko peningkatan suhu tidak harus diambil remeh.
Sehubungan itu, ramai diantara rakyat Malaysia mula berasa risau, giat mencari jalan penyelesaian yang dapat memberi perlindungan serta keselesaan optimum buat diri dan keluarga tercinta.
Untuk makluman anda, rata-rata pasaran atas talian telah pun menunjukkan peningkatan sebanyak 480% untuk carian yang melibatkan produk mahupun barangan menyejukkan antaranya alatan sejuk dingin, salutan telap untuk cermin kereta, balang air dan banyak lagi!
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim, “Lebih mudah untuk mencari barangan keperluan di bawah satu bumbung seperti yang ditawarkan oleh 11street. Selain memudahkan pengguna untuk mencari item yang berkenaan, terdapat lebih 5 Juta produk bermanfaat ada disenarai di laman 11street sendiri.”
“Melihatkan keadaan cuaca panas yang melampau ini, 11street bisa memenuhi keperluan dan kehendak anda pada nilai yang sangat berpatutan”, ujarnya lagi.
Mungkin ini yang anda cari:-
Penyejuk Udara
Ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk duduk di rumah buat masa ini. Namun begitu, masih ada juga antara kita yang berasa bahang dek kerana dinding rumah bertindak menyerap haba dari luar. Jadi, untuk memastikan rumah anda sentiasa sejuk, cuba guna penyejuk udara mudah alih ini.
Anda boleh menyimpan atau menggunakannya pada bila-bila masa yang anda mahukan. Mudah untuk ditolak ke serata bucu rumah, Faber Air Cooler FAC70s ini turut memiliki aliran angin yang kuat serta bunyi yang tidak bising. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM240 seunit.
Penghawa Dingin
Siapa yang sedang tercari-cari akan peranti yang bisa memberi sensasi kesejukkan terbaik dan menyelesakan, sistem penghawa dingin adalah penyelesaiannya.
Sesungguhnya, penghawa dingin bisa memberikan kesejukkan optimum kepada segenap ruang rumah secara sekata dengan bantuan teknologi kompresor. Tiada lagi kepanasan!
Jika anda mempunyai bajet yang lebih sedikit, anda boleh cuba mendapatkan Daikin Cooling King ini. Boleh dikatakan, rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan keberkesanan penghawa dingin siri Daikin Cooling King! Ia memilki kompresor jenis 1.0HP serta struktur reka bentuk Lambda baru berfungsi menyerap dan melancarkan pengedaran haba. Bermula pada RM1,029.
Pelembab Udara
Apabila cuaca panas, sudah tentu kondisi udara sekeliling yang anda hirup saban hari adalah sangat kering. Ini lah yang sebenarnya menyebabkan rumah serta keadaan sekeliling anda menjadi lagi bahang dan tidak selesa.
Bukan itu sahaja, ada kalanya, kondisi udara yang tdak mengandungi lembapan bisa memberi iritasi atau radang pada kulit sehingga menyebabkan ruam, gatal-gatal dan merekah.
Sebagai jalan penyelesaian, terutama buat keluarga yang mempunyai anak kecil, anda boleh cuba Ultrasonic Fan hanya pada RM79. Ia adalah umpama peranti 3 dalam 1 yang berfungsi untuk menjadi pelembab, peresap serta pembersih udara!
Apa yang lebih menarik, kipas ini adalah inovasi terkini yang bisa mengeluarkan angin meskipun tidak bersayap seperti kipas normal yang lain. Ia selamat untuk digunakan! Ibu abap tidak perlu risau jika anak kecil mereka berada dekat dengan Ultrasonic Fan ini.
Salutan Telap Cermin Kereta
Rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di jalan raya. Walaupun kereta mempunyai penghawa dingin, matahari masih boleh menembusi melalui cermin kereta dan seterusnya membuatkan pandangan mata anda menjadi silau malah kulit juga terasa perit.
11street mencadangkan supaya anda menggunakan salutan telap pada cermin kereta untuk menghalang pancaran matahari saban hari. Warna gelap pada lapisan salutan cermin itu bertindak untuk menangkap cahaya matahari sebelum ianya sampai kepada anda. Hanya dengan RM160, kereta anda bisa jadi sempurna bahkan, diri anda serta penumpang kereta juga terlindung dari sinaran matahari terik.
Balang & Penapis Air
Sudah menjadi budaya manusia, kita harus meminum air yang secukupnya untuk kekal bertenaga. Pakar kesihatan menyarankan supaya setiap seorang individu harus meminum 8 gelas air kosong setiap hari bagi memberi penghidratan yang terbaik kepada tubuh.
Lebih-lebih lagi ketika cuaca panas ini, air adalah satu keperluan yang wajib dan amat dibutuhkan. Yang menjadi penanda arasnya kini adalah, air yang kita minum itu juga haruslah bersih dan berkualiti. Oleh itu, penapis air perlu digunakan untuk menapis segala molekul serta kotoran berbahaya. Penapis air 3M Dw2500 mampu membersih sehingga 99.99% bakteria dalam air. Hanya dengan RM3,174 seumur hidup, anda dan keluarga dapat menikmati sumber air asli yang bersih tanpa perlu berasa ragu-ragu. Kekal hidrat dan sihat dengan sumber air bersih!
Botol Air
Ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah tenatng kepentingan untuk mengisi tubuh badan mereka dengan kandungan bendalir. Sesungguhnya, membersihkan botol air dan mengisinya kembali dengan air bersih adalah perkara yang mudah tetepi sering dilupakan.
Ini dia botol air H2o yang membolehkan anda membawanya kemana sahaja dengan mudah. Bukan itu sahaja, botol ini dilengkapi ciri istimewa yang membolehkan anda menambah buah lemon di bahagian bawah botol untuk mendapatkan air jenis infused atau detox. Harga yang ditawarkan adalah pada RM174.52 seunit.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my atau lawat laman Facebook 11street Malaysia di www.facebook.com/11street.my