Galderma Division c/o Zuellig Pharma Sdn. Bhd. yang merupakan jenama penjagaan kulit nombor satu di Malaysia telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia, peruncit terbesar barangan kesihatan dan kecantikan di Asia.
“Di Cetaphil, kami sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna. Sehubungan itu, kerjasama dengan Watsons Malaysia adalah sesuatu yang amat bermakna bagi kami bagi melonjakkan lagi pasaran produk penjagaan kulit sensitif di sini.
“Kami berhasrat untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua pengguna produk penjagaan kulit dengan menawarkan lebih daripada enam jenama khususnya di bawah kategori Penjagaan Kulit Sensitif. Kami harap inisiatif ini mampu mengubah kehidupan mereka yang mungkin mengalami masalah kulit, agar dapat tampil dengan lebih berkeyakinan di khalayak ramai,” kata Jean-Sebastien Ricard, Pengarah Galderma Asia Tenggara.
“Masalah kulit sensitif adalah suatu perkara biasa; walaubagaimanapun ia kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan yang berlebihan seperti gatal-gatal dan rasa pedih, lebih-lebih lagi selepas menggunakan produk-produk kosmetik. Terdapat tiga pendekatan mudah bagi mencapai kulit yang sihat iaitu dengan membersih, melembap dan melindungi,” kata Dr Mazlin Baseri, Pakar Dermatologi dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.
Dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang penjagaan kulit, Cetaphil mempunyai rekod yang cukup membanggakan, malah telah terbukti dalam menawarkan penyelesaian terbaik kepada pelbagai jenis masalah kulit.
Bukan itu sahaja, produk Cetaphil juga telah diuji secara klinikal bagi memastikan hanya kualiti yang terbaik dihasilkan bagi pengguna. Pengalaman menggunakan Cetaphil dijangka akan membuka lembaran baru dalam arena kesihatan kulit dan keyakinan diri.
Kerjasama di antara Cetaphil dan Watsons Malaysia bagi menerajui kategori produk Penjagaan Kulit Sensitif telah bermula pada tahun 2015 lagi. Di bawah inisiatif ini, lebih daripada enam jenama telah diperkenalkan bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menepati keperluan mereka.
Bagi maklumat lanjut mengenai produk Cetaphil, sila layari http://cetaphil.com.my/