Tahukah anda bahawa pancaran UV adalah merupakan 80% penyumbang kepada masalah penuaan kulit wajah? Ini adalah termasuk, kemunculan kedutan, pigmentasi, kering, serta kekusaman kritikal. Anda nak ke kelihatan jauh lebih tua dari umur anda yang sebenar?
Belum masanya lagi! Masih ada jalan penyelesaian yang strategik untuk bantu kembalikan keyakinan diri anda. Pertama sekali, jalan yang paling mudah adalah anda boleh kurangkan masa untuk berjemur di tengah panas, terutama sekali dalam kitaran waktu dari pukul 10am hinggalah 4pm. Waktu itu, sinaran matahari amat berbahay untuk kesihatan kulit manusia.
Jika perlu, anda boleh gunakan pelindung fizikal seperti payung, topi dan dalam masa yang sama, jangan lupa untuk sapu krim pelindung UV. Sedikit sebanyak, ianya akan bantu kulit anda untuk kekal hidrat dan terlindung. Tahukah anda, krim pelindung sebenarnya berfungsi untuk melambatkan proses penuaan kulit sehingga 4.5 tahun?
Radiasi UVB yang dihasilkan matahari akan menyerap jauh ke lapisan kulit epidermis. Ini secara tidak langsung menyebabkan kulit anda menjadi terbakar dan meradang. Bukan itu sahaja, UVA pula akan terus diserap sehingga ke lapisan kulit paling dalam sehingga merosakkan sel epidermis, kolagen (protin berstruktur yang berada dalam lapisan kulit) dan elastin (sejenis sel kenajalan yang wujud dalam sel lapisan kulit). Mungkin, hal ini turut akan menjejaskan saluran darah pada kulit. Takut kan?
Kedua-dua radiasi UVA dan UVB yang dihasilkan matahari adalah kunci utama kepada proses penuaan kulit masyarakat masa kini tanpa disedari dek kerana selalu sahaja terdedah pada cuaca yang panas terik saban hari.
Sebagai jalan penyelesaian yang efektif serta telah terbukti secara klinikal, jenama rangkaian penjagaan wajah yang dibangunkan di negara Perancis ini, Face Inc tampil dengan rangkaian perlindungan optimum untuk rutin penjagaan wajah ringkas. Ia diformulasi khas, bersesuaian untuk semua jenis kulit termasuklah kulit orang Asia yang rata-ratanya agak sensitif.
Rangkaian ini menawarkan dua produk utama iaitu UV Defence SPF50 Tinted dan UV Defence SPF50 Non-Tinted. Kedua-dua cecair pelindung sinar matahari ini bakal menjadi perisai sempurna untuk setiap inci kulit anda yang terdedah terutamanya wajah dan bahagian leher. Konsistensi cecair juga adalah sangat ringan dan tidak berminyak.
Apabila sapuan dilakukan ke atas kulit, cecair berkenaan akan menyerap dengan pantas sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Anda tidak perlu berasa gelisah kerana ianya tidak akan membuatkan solekan anda kelihatan bercapuk saban hari.
UV Defense SPF50 Tinted (30ml): RM88
Cecair mudah serap ini mempunyai warna seakan tona kulit yang pasti boleh juga berfungsi sebagai bedak asas. Pelindung matahari istimewa ini turut diperkaya dengan titanium dioxide dna zinc oxide untuk menyumbang perlindungan setara daripada radiasi UVA dan UVB. Manakala vitamin E yang terkandung dalam Face Inc UV Defence SPF 50 sekaligus bertindak sebagai agen lembapan serta antioksidan.
Cara Penggunaan: Goncang botol sebelum digunakan. Sapukan pada wajah dan bahagian leher yang terdedah secara sekata sehingga menyerap ke dalam kulit. Guna ia 15 minit sebelum anda keluar rumah atau mula terdedah kepada sinaran matahari.
UV Defense SPF50 Non-Tinted (30ml): RM88
UV Defence SPF50 Non-Tinted turut mempunyai fungsi yang sama,bezanya adalah ia tidak mempunyai sebarang warna seperti UV Defence SPF50 Tinted. Ini bisa menjadi pilihan kepada mereka yang inginkan sapuan minimalis yang ringkas tanpa menggunakan sebarang solekan pada hari itu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari thefaceinc.com/MY atau anda boleh lawat laman Facebook Face Inc Malaysia di www.facebook.com/thefaceincmalaysia.