Destinasi fesyen atas talian di Asia, ZALORA dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan jenama kelahiran British Superdry – penambahan barisan jenama tempatan dan global ZALORA yang terbaru. Menawarkan untuk lelaki dan wanita, koleksi musim panas daripada Superdry ini tersedia pada laman web dan juga aplikasi ZALORA di Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Hong Kong dan Taiwan bermula hari ini, 21 Mac 2016.
Diilhamkan daripada grafik Jepun, warisan British dan Americana vintaj, jenama gaya hidup global Superdry adalah destinasi utama untuk para pelanggan yang mencari produk dengan rekaan yang luar biasa dan fabrik yang berkualiti tinggi, pada harga yang amat berpatutan. Musim ini, pelanggan ZALORA bakal disajikan dnegan koleksi pakaian yang dinamik dan menarik daripada Superdry. Koleksi keluaran kali pertama ini menampilkan aneka baju-t dan baju hud dalam pilihan corak yang menarik untuk wanita, juga koleksi baju-t dan baju panas untuk lelaki, serta pelbagai pilihan kasut dan beg untuk lelaki dan wanita.
Para penggemar fesyen boleh membeli-belah barangan Superdry di www.zalora.com.my. dan aplikasi mudah alih ZALORA bermula hari ini, 21 Mac 2016.