Menyedari bidang urutan bukan sekadar menjanjikan pulangan wang sebaliknya membantu seseorang wanita memanjakan diri di samping memberi manfaat kepada kesihatan membawa Rafizah Hashim membuka sebuah spa kecantikan, Cintami Beauty & Spa.
Menawarkan perkhidmatan dari hujung rambut hingga hujung kaki, Cintami Spa & Beauty dikenali di kalangan pelanggan kerana menjanjikan servis terbaik. Selain menyediakan tiga jenis urutan sebagai pilihan kepada pelanggan iaitu urutan tradisional, urutan Swedish dan urutan Balinese, spa yang dikhususkan kepada wanita sahaja turut memberi perkhidmatan rawatan wajah dan pelbagai jenis mandian.
Mahu dikenali sebagai ‘Syurga Relaksasi Anda’, spa berkonsepkan ala Bali ini amat mengutamakan kepuasan pelanggan. Ini diakui oleh Rafizah yang mahu para pelanggan menikmati setiap servis tanpa had masa pada caj yang sama.
Untuk pengetahuan anda, skrub Jamu antara servis yang wajib dicuba oleh para pelanggan. Menggunakan ramuan istimewa daripada bahan alami seperti beras, limau nipis, cekur, halia di samping lima jenis jamu terpilih, tubuh pelanggan akan disental oleh juruterapi berpengalaman. Usai dibersihkan, anda akan merasakan tubuh yang bersih, seperti transformasi kulit yang lebih licin.
Bukan itu sahaja, Cintami Beauty & Spa turut melancarkan dua produk khas penjagaan kulit wajah iaitu Aura Cintami Diamond Lifting Stem Cell Serum dan Aura Cintami Diamond UV SPF 35 yang bertindak dari dalam lapisan kulit agar anda tampil yakin dengan kulit wajah menawan.
Aura Cintami Diamond Lifting Stem Cell Serum diperkaya sel stem anggur, ekstrak argan dan aloe vera bukan sahaja melembapkan kulit tetapi turut meningkatkan kesihatan kulit wajah yang lebih baik. Serum lembut ini memberi pertahanan harian untuk membaiki kulit dengan mengurangkan kedutan sekali gus menegangkan kulit, memudarkan jeragat, mengecilkan pori dan mengurangkan kecelaan. Hasilnya tona kulit lebih sekata dan wajah lebih anjal.
Sementara itu Aura Cintami Diamond UV SPF 35 memberi faedah 5 dalam 1 sebagai penyelesaian bagi mengatasi anti penuaan. Ia bertindak memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pancaran sinar UV yang berbahaya. Teksturnya yang tidak berminyak dan ringan membantu mengawal kelembapan kulit; yang merupakan formula hebat bagi meremajakan kulit wajah. Tentunya juga para pengguna gembira mendapatkan kulit cerah secara semula jadi dan sihat.
Kedua-dua produk ini hadir dalam bentuk botol yang moden, menarik dan praktikal agar memudahkan penggunaaannya. Berharga RM246 setiap satu, ia boleh diperoleh secara eksklusif di Cintami Beauty & Spa dan ejen yang dilantik.
Dibuka setiap hari iaitu dari jam 10 pagi hingga 8 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad, pelangan tidak perlu risau jika anda kesuntukan masa. Hanya lakukan temujanji, pastinya tubuh anda akan dibelai bak permaisuri.