Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya anda boleh masak makanan yang lazat menggunakan periuk perlahan atau slow cooker? Selalunya kita hanya menggunakan slow cooker untuk merenih, merebus atau memasak jenis masakan yang berkuah atau mungkin apa sahaja masakan berdaging, dimana ia memerlukan masa yang agak lama untuk melembutkan tekstur daging berkenaan.
Tidak mustahil jika anda boleh menghasilkan pencuci mulut sedap dengan menggunakan slow cooker berbanding ketuhar oven yang lebih kerap digunakan untuk memasak resepi manisan.
Jika anda tidak mahu terburu-buru untuk menyediakan manisan yang segera kerana bimbang ianya akan berkecah atau pun dikhuatiri bisa mengganggu waktu sibuk anda, anda mungkin teringin untuk cuba membuat kek pisang menggunakan cara teknik masakan yang perlahan ini.
Bahan-Bahan:

1 3/4 cawan tepung biasa (430ml)
2 sudu makan serbuk penaik / baking powder
1/2 sudu makan garam
1/4 sudu makan baking soda
1/3 cawan butter atau mentega pilihan (80ml)
2/3 cawan gula (160ml)
2 biji telur, dipukul
2 sudu makan sirap jagung gelap (dark corn syrup) Alternatif: sirap emas (golden syrup)
3 biji pisang masak, dilenyek sebati
Cara-Cara:

- Pukul telur dan lenyek pisang
- Ayak tepung bersama garam, serbuk penaik dan baking soda.
- Dalam mangkuk lain, gaulkan butter atau mentega pilihan anda dengan gula serta sisa bahan-bahan lain yang belum digunakan seperti corn syrup atau golden syrup.
- Masukkan telur didalam campuran butter dan gula itu tadi.
- Setelah itu, masukkan pula pisang yang telah siap dilenyek. Gaul lagi sehingga sebati.
- Gabung kesemua campuran bahan kering bersama campuran bahan basah sedikit demi sedikit.
- Lapiskan periuk perlahan (slow cooker) anda bersama sedikit mentega dan tepung agar mudah untuk dikeluarkan setelah masak.
- Masukan adunan kek ke dalam slow cooker anda, tutup.
- Masak selama satu hingga dua jam diatas api perlahan.
- Untuk pastikan sama ada kek benar-benar telah masak, ambil lidi dan cucuk kedalam kek berkenaan. Tarik lidi anda keluar kembali, jika lidi berkenaan bersih, bermakna kek anda telah siap untuk dimakan!
Jika anda nak sedikit kerangupan dalam kek anda, anda bolehlah campurkan hirisan badam atau kacang walnut ke dalam adunan kek. Tidak pun, anda boleh jadikan kekacang berkenaan sebagai hiasan yang menyelerakan!
Pautan Video Cara Memasak Kek Pisang Menggunakan teknik slow cooker
https://www.youtube.com/watch?v=J8MshXH8xb8
Selamat mencuba!