Koleksi ‘Hush Puppies Edition’ yang kemas rapi namun anggun menyesuaikan fesyen menurut lingkungan batas kesantunan profesional. Koleksi ini bertujuan membuktikan bahawa “lingkungan batas” ini tidak lagi terbatas kepada pencil skirt kelabu dan suit hitam hambar yang lazimnya dikaitkan dengan busana profesional.
Hush Puppies Edition menggandingkan pakaian suka ramai klasik dan pakaian asasi – seperti blaus dengan dress bagi wanita dan kemeja dengan blazer bagi lelaki – dalam gaya baharu, dengan potongan gabung padan yang merombak cara-cara baharu memakainya agar tampak tidak kurang profesional dan fesyennya.
Bekerja keras dan berpakaian sesuai tidak semestinya membosankan, dan Hush Puppies akan menonjolkan diri si pemakai dalam busana kerja penuh gaya.
Koleksi Hush Puppies Edition boleh didapati di outlet dan gedung serba-serbi terkemuka seperti berikut:
- LEMBAH KLANG: Mid Valley, 1 Utama, Atria Shopping Gallery, Sunway Pyramid, Paradigm Mall, IOI City Mall
- UTARA: Gurney Plaza, 1st Avenue, Ipoh Parade
- SELATAN: AEON Tebrau City, Batu Pahat Mall
- PANTAI TIMUR: East Coast Mall
- SABAH & SARAWAK: Plaza Merdeka Kuching, Imago Mall KK