Apabila bercakap tentang kecergasan diri, adalah baiknya jika menyeimbangkan penjagaan badan serta ketahan minda. Dengan mengamalkan senaman yang rapi, tidak dinafikan bahawa minda anda akan lebih tertumpu, dipengaruhi dengan efek positif yang dapat menjana kehidupan harmoni.
Pulau Maldives memang terkenal dengan persekitaran yang damai serta pemandangan lautan yang indah lagi permai. Buat anda yang sedang merancang percutian hebat yang semahu-mahunya lari daripada kesibukan kota yang bingit, kunjungilah Six Sense Hotels Resorts Spa.
Sewaktu disana, disamping bercuti, anda boleh menempah sesi perawatan spa kelas pertama yang menyisipkan elemen ketenangan jiwa, buat anda leka dibuai mimpi indah bagai berada dalam syurga.
Six Sense laamu menawarkan satu program kecergasan minda yang berlangsung selama 3 malam berturut-turut, dengan bimbingan yang diketui oleh pakar terapi yang berpengalaman dengan menggunakan teknik yang telah digunakan berabad lamanya untuk menyumbang ketenangan damai kepada minda anda.
Sebelum itu, anda akan menjalani sesi konsultansi bersama perunding kesihatan yang perkhidmat di Six Sence Laamu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gaya hidup sebenar anda dan apakah yang patut diberi perhatian dalam memulih kecelaruan minda yang dihadapi.
Perawatan akan berlangsung secara berperingkat dimulakan dengan konsultansi selama 45 minit, diikuti pula dengan sesi yang dipanggil Pranayama, sesi meditasi minda, rawatan Nasyam, rawatan Abhayanga dan Shirodhara dan diakhiri dengan teka teki Sudoku sebagai aktiviti menarik tambahan yang menguji kekuatan minda sesorang.
Harga pakej yang ditawarkan adalah RM4,752 ++ (USD 1,115++) setiap seorang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sixsenses.com