Adele yang baharu sahaja muncul dengan album 25 berhadapan dengan tuduhan yang mengatakan dia telah meniru hasil karya seorang penyanyi dari Turki iaitu Ahmet Kaya.
Adele didakwa ‘meniru’ lagu bertajuk Acilara Tutunmak (Clinging To Pain) yang popular sekitar tahun 1985 untuk menghasilkan lagu baharunya yang bertajuk Million Years Ago untuk dimuatkan dalam album tersebut.
Bagaimanapun, tuduhan ini telah disangkal oleh salah seorang pengkritik muzik terkenal di Turki iaitu Naim Dilmener yag menyatakan, sememangnya terdapat persamaan dalam kedua-dua lagu ini.
Namun ia bukanlah sesuatu yang ketara. Selain itu, Naim juga berpendapat: “Saya tidak merasakan yang Adele pernah mendengar mana-mana lagu Ahmet Kaya dan menirunya.”