Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Militan IS Terima Dana AS$80 Juta Sebulan

by Afiqah Syamin
December 9, 2015
Foto -mynewshub.cc

Foto -mynewshub.cc

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Satu laporan analisis daripada organisasi penyelidikan, IHS Inc pada Isnin menyatakan militan IS menerima dana sekitar AS$80 juta pada setiap bulan.

Laporan itu menunjukkan 50 peratus sumber pendapatan IS adalah daripada aset rampasan dan pungutan cukai di wilayah-wilayah jajahan mereka.

Sebanyak 43 peratus sumber pula adalah daripada hasil penjualan minyak manakala selebihnya adalah hasil penyeludupan dadah, penjualan tenaga elektrik dan bantuan derma.

“Tidak seperti Al-Qaeda, IS tidak bergantung dananya daripada penderma-penderma luar. Ia bagi mengelak daripada terpengaruh dengan kehendak penderma,” kata Penganalisis Kanan IHS,Columb Strack.

Beliau berkata analisis IHS menunjukkan nilai sumbangan yang diterima IS daripada pihak luar adalah sangat sedikit, berbanding sumber-sumber pendapatan yang lain.

Cukai, rampas, culik dan pasaran gelap

Berdasarkan analisis berkenaan, IS mempunyai sekurang-kurangnya enam sumber pendapatan: penghasilan dan penyeludupan minyak dan gas; keuntungan cukai aktiviti komersial di kawasan jajahannya; rampasan harta dan tanah; pengedaran dadah; aktiviti jenayah seperti merompak bank dan menculik bagi mendapatkan wang tebusan; dan pengendalian perniagaan seperti menjalankan perusahaan kecil termasuk syarikat pengangkutan atau agensi hartanah.

“Salah satu sumber utama pendapatan IS adalah hasil cukai daripada aktiviti ekonomi dan perkhidmatan asas termasuk elektrik, rangkaian telefon mudah alih, akses internet, perkhidmatan runcit, industri dan pertanian, dalam jajahan wilayah yang dikawalnya,” kata seorang lagi Penganalisis Kanan IHS, Ludovico Carlino.

Menurut Carlino, IS mengenakan cukai 20 peratus ke atas semua perkhidmatannya.

Keadaan yang tidak terkawal di Syria dan Iraq telah memudahkan IS mengambil alih operasi pentadbiran kawasan berkenaan dengan eksploitasi jenayah dan penyeludupan rangkaian sedia ada dan pergantungan penduduk tempatan kepada pasaran gelap.

“Model perniagaannya, yang banyak tertumpu kepada perantara dan pengambilan peratusan pernigaan, juga bermakna bahawa IS mampu untuk membuat keuntungan daripada bidang dan sektor yang tidak terlibat secara langsung,” kata Carlino.

Jejas sumber pendapatan

“Berdasarkan informasi di laman sosial media bahasa Arab dan sumber rangkaian di negara kami, usaha untuk menjejaskan sumber pendapatan IS adalah berbaloi,” kata Strack.

 Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat telah memberi tumpuan untuk menjejaskan sumber pendapatan IS, terutamanya pendapatan minyak kumpulan itu yang membentuk kira-kira 43 peratus daripada pendapatan keseluruhan.

Menurut IHS, terdapat pelbagai indikator awal yang menunjukkan bahawa kumpulan berkenaan sedang bergelut untuk membuat pengimbangan dalam belanjawannya dengan pemotongan bayaran gaji pejuang-pejuangnya, kenaikan harga elektrik dan perkhidmatan asas lain dan pengenalan cukai pertanian baharu.

Walaupun IS mengekalkan kapasitinya dalam penghasilan minyak, mereka juga kehilangan akses mudah ke Turki selepas kekalahan di Tal Abyad dan usaha-usaha pihak berkuasa Turki untuk menghentikan aktitivi-aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan Syria.

Ia juga telah menyebabkan kumpulan itu terpaksa bergantung kepada pasaran gelap di Iraq dan Syria dengan penyeludupan dan penjualan minyak.

SUMBER

Tags: Analisaberitaisu semasaKekejamanlondonMilitan ISMilitan IS Dapat Dana Setiap Bulan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.