Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Beg Tote Dwifungsi Oleh Jenama Swiss, Qwstion

by Afiqah Syamin
December 9, 2015
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Agak sukar untuk menemukan beg yang dilengkapi pelbagai fungsi. Setiap hari kita perlu menentukan gaya pemakaian, dipadankan pula dengan tas tangan yang harus bersesuaian, tetapi adakah beg yang mempunyai fungsi kepelbagaian?

Terutamanya, bukan mudah untuk mendapatkan beg sandang yang boleh dipakai tatkala majlis formal. Tetapi dengan adanya ciptaan baru daripada jenama beg Swiss, QWSTION, tiada lagi masalah.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Beg sandang oleh Qwstion bukanlah hanya sekadar beg sandang biasa, ia juga boleh dijinjit seperti beg tote kerana hadir dengan tali pemegang yang boleh dilaras, sesuai untuk digayakan sewaktu menghadiri perjumpaan rasmi di pejabat mahu pun ke acara-acara formal lain.

Ruang simpanan untuk keperluan harian direka dengan perincian yang tampak bergaya dan moden, cocok buat mereka yang dahagakan sesuatu kelainan tapi masih lagi kelihatan logik.

Foto -Arkib Wanista

Perincian yang ringkas dan tepat. Kesemua rekaan beg istimewa ini diperbuat daripada material kapas organik dan ditawarkan pada harga yang berpadanan dengan rekaan unik serbagunanya.

Bawa buku anda, pakaian pantai, keperluan pejabat atau apa sahaja di dalam beg yang selesa ini. Materialnya yang tidak berat akan lebih memudahkan pergerakan seharian anda.

Foto- Arkib Wanista
Foto- Arkib Wanista

Ruangan utama isian beg dilindungi penutup berkepak atau untuk lebih memudahkan, anda boleh terus menyeluk melalui zip yang berada dibahagian tepi badan beg berkenaan tanpa perlu menyelak penutup utama.

Terdapat juga poket telefon pintar tersembunyi serta ruang simpanan kecil yang lain bagi memenuhi keperluan anda secara efisyen.

Anda boleh dapatkan siri beg dwifungsi oleh QWSTION ini di kedai beg terpilih pada harga bermula RM630 – RM680.

  • Dapper & Gentry: Gateway KLIA2  #L2-73b
  • 46 by Project Gibraltar: USJ 9/5P Subang Jaya #G46-1
  • Acquire: Bangsar Village 2 #2F-23&25

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.qwstion.com

Tags: begBeg SandangBeg TotefesyenGaya TerkinilookbookModenQwstion swissTahan Lasak
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.