Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Tanda Kanser Pada Kucing Yang Anda Patut Tahu

by Afiqah Syamin
December 7, 2015
Foto -purrsandwhiskers.files.wordpress.com

Foto -purrsandwhiskers.files.wordpress.com

300
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah anda bahawa kucing dan anjing juga berisiko untuk mendapat kanser? Kanser dikalangan kucing dan anjing juga dianggap pembunuh no.1 di dunia. Banyak simptom kanser pada kucing hadir begitu halus dan sukar untuk dikenal pasti. Tetapi jika anda mengenal pasti sebarang petanda ini, adalah lebih baik untuk anda membawa kucing atau anjing anda segera ke veterinar untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Hilang berat badan

Hilang berat badan secara drastik adalah satu tanda besar kepada penyakit kanser. Ianya sering memberi petunjuk akan tumor gastrousus. Apabila seekor kucing yang secara azalinya gemar makan tetapi secara tiba-tiba berpaling hidung dan menolak untuk makanan harian atau kegemarannya, ia adalah petanda yang anda perlu berikan perhatian lebih pada kesihatannya. Segera bawa kucing anda ke vet untuk membuat pemeriksaan.

Menyorok

Apabila seekor kucing yang manja dan nakal secara tiba-tiba menunjukkan perubahan drastik dengan menyorok dan menghilangkan diri terlalu lama, ia mungkin satu signal yang buruk. Kucing sememangnya suka akan lokasi yang tertutup atau tersorok, tetapi jika ianya terlalu lama, mungkin anda patut membawanya segera ke klinik haiwan.

Cirit-birit

Sebelum ini, cirit-birit tidak dikategorikan sebagai tanda kanser. Tetapi jika ianya sehingga terlalu berat dan teruk, bawa terus kucing anda berjumpa doktor haiwan. Sukar untuk membuang air kecil atau besar, darah dalam air kencing adalah antara tanda kanser. Perhatikan jika si comel kerap muntah. Ia boleh jadi hanya pembuangan bebola bulu, namun ia juga boleh jadi petanda kepada kanser.

Hidung berdarah 

Pendarahan hidung adalah satu yang tidak normal. Apatah lagi jika ianya berlaku pada seekor kucing yang sudah lanjut usia. Ianya boleh jadi kanser pada bahagian hidung. Untuk kucing diperingkat muda, ianya boleh membimbangkan jika ianya adalah satu objek yang tersangkut dibahagian liang hidung sebelum menjadi kanser.

IKLAN

Perubahan pada bahagian dalam mulut

Kudis, ketulan, bau pelik, pendarahan atau perubahan rona gusi boleh menjadi tanda kanser mulut. Tanda ini sukar untuk dikesan sehingga sudah terlalu lama dibiarkan barulah ianya dikesan. Cara paling terbaik untuk mengesannya lebih awal adalah melakukan pemeriksaan pada gusi kucing dan berus gigi kucing dengan kerap.

Naik berat 

Peningkatan berat badan secara drastik boleh menjadi salah satu tanda kanser. Jika kucing anda mengalami masalah makan dan kurang makan tetapi beratnya tetap mempunyai peningkatan, bawa kucing anda terus ke vet sebelum terlambat.

Sakit dan letih

Jika kucing anda suka untuk bermanja dengan anda tetapi secara tiba-tiba berubah dengan suka merengek apabila anda mendukungnya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena padanya. Bawanya ke vet jika ianya berlanjutan.

Perubahan pada kulit 

Setiap benjolan atau perubahan pada kulit kucing sebaiknya ia diperiksa oleh doktor haiwan. Ia boleh jadi benigna atau kanser tetapi ianya boleh dirawat jika dikesan dengan lebih awal. Lakukan pemeriksaan pada sekitar tubuh kucing anda dan jika terkesan sebarang benjolan yang ganjil, atau luka yang terlalu lambat untuk sembuh, adalah lebih baik dibawa untuk pemeriksaan pakar haiwan.

SUMBER

Tags: binatang peliharaankesihatankucingKucing Boleh Menghidap Kanser
Share120SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..
Selebriti

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..

August 14, 2022
Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Nak Sorok Perut Gelebeh? Shapewear Alat Rahsia Potongan Badan Menawan
Fesyen

Nak Sorok Perut Gelebeh? Shapewear Alat Rahsia Potongan Badan Menawan

August 14, 2022
Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022
Fesyen

Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022

August 13, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.