Mata yang menawan dan kelihatan sihat adalah titik permulaan untuk kehidupan yang lancar dan bahagia. Akhirnya, solusi yang paling berkesan telah ditemukan oleh Face Inc dimana baru-baru ini telah memperkenalkan produk revolusi baharunya, menyerap jauh kedalam kulit bagi memulih dan mencantikan kawasan disekitar mata. Ia digelar, Eye Lift.
Pengguna berupaya untuk mengalami suatu kejutan dimana, kedutan yang muncul disekeliling kawasan mata, terutamanya dibahagian bawah mata akan benar-benar hilang sebaik sahaja menyabu cecair magis Eye Lift hanya dalam 30 saat. Begitu menakjubkan!
Eye Lift dicipta oleh pakar dermatologis serta para pengkaji yang berpengalaman. Diramu dengan formula hebat yang mampu mengembalikan keanjalan dengan menambah kandungan kolagen pada kulit.
Selain kolagen, cecair Eye Lift diperkaya dengan estrak tumbuhan botanikal asli yang menggalakan kesan serum termasuk Glycine Soja, berfungsi untuk melembutkan serta menegangkan kulit; Perfeline pula akan membantu mengurangkan lingkaran hitam dan bengkak bawah mata; sementara Vitamin C adalah sumber semula jadi yang mempunyai sifat anti oksidan tinggi bisa mengurangkan radang, mengecutkan garis-garis halus dan kedutan.
Bukan itu sahaja, Eye Lift sebenarnya diadun bersama Peptides, iaiti elemen sains yang disemai untuk mengecilkan liang pori, meningkatan kelembapan kulit serta meningkatan keanjalan.
Untuk pengetahuan anda semua, kulit disekeliling mata adalah yang paling nipis, lembut dan agak sensitif. Oleh itu, mereka memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Jadi, gunalah Eye Lift untuk mendapatkan kesejahteraan dan kecantikan mata yang berkekalan!
Pautan Video: Komersial Eye Lift Oleh The Face inc
Eye Lift didatangkan dalam kotak kiub jernih yang mengandungi 16 ampul x 1ml. Harga yang diletakan untuk seunit adalah RM358.00. Anda boleh dapatkan Eye Lift di mana-mana cawangan Sasa yang utama di sekitar Lembah Klang, Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang. Rujuk laman web The Face inc untuk ketahui stokis lain yang mengedar.
Untuk maklumat lanjut berkenaan legasi kecantikan The Face inc, sila layari thefaceinc.com. Disamping itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan preskripsi penjagaan wajah bersama dengan Dr. Rei secara percuma! Khidmat rundingan secara alam maya yang dikelola oleh laman web rasmi The Face inc ini nyata lebih membantu.