Jenama sukan global yang diminati ramai, PUMA sekali lagi memeriahkan arena fesyen sukan kini berkolaborasi bersama label fesyen jalanan yang berasal dari jepun, BAPE atau lebih masyhur dipanggil A Bathing Ape.
Bersempena melangsungkan rangkaian kasut sneakers khas untuk koleksi musim Luruh/Sejuk ’15 PUMA x BAPE, rekaan yang menampilkan gabungan unik bagi menonjolkan gaya fesyen jalanan diterapkan.
Warna dan corak grafik yang digunakan keatas rekaan pula adalah bertepatan dengan trend yang tidak lapuk dek zaman dengan menggunakan corak camouflage. Tampak sunguh ranggi.
Diasaskan pada tahun 1993, BAPE telah mengangkat gaya fesyen jalanan ke satu tahap yang membanggakan. Jenama ini juga telah banyak memberi ilham kepada ramai ahli muzik dan para selebriti seluruh dunia dalam pilihan pakaian yang diadaptasi daripada gaya streetwear.
Selain telah menerapkan identiti gaya jalanan yang eksentrik kedalam beberapa gaya klasik dan terkenal oleh PUMA, BAPE juga mencipta sebahagian koleksi kapsul yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Koleksi kasut musim Luruh/Sejuk 2015 PUMA x BAPE ini terdapat dalam dua pilihan warna, iaitu camo hijau dan camo hitam. Anda boleh dapatkannya di semua gedung CROSSOVER bermula 12 Disember 2015. Harga yang ditawarkan bermula pada RM670.
Untuk maklumat lanjut, sila layari global.puma.com