Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Koleksi Swarovski Musim Bunga/Panas ’16 Bertemakan Rona Dari Dasar Laut

by Afiqah Syamin
November 30, 2015
Swarovski Sea Sparkle Collection untuk musim Bunga/Panas 2016. Foto -Arkib Wanista

Swarovski Sea Sparkle Collection untuk musim Bunga/Panas 2016. Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Swarovski tidak pernah gagal membuatkan orang terpana dengan rekaan barang kemasnya. Setiap koleksi mempunyai nilai yang tersendiri dimana rekaan kristal berkilau yang dihiasi dengan rona-rona memukau pasti eksklusif dan mewah, sekaligus bisa menjadi penambah seri kepada gaya yang kosong.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Gemerlap sinaran yang dipancar potongan kristal berwarna turquoise, biru kehijaun dan merah jambu terang bakal menjadi sisi utama untuk koleksi Swarovski yang ini. Depetik dari rona-rona bawah laut, ia kelihatan begitu cantik serta berani. Jelas Pengarah Kreatif  Swarovski, Nathalie Colin, “Laut adalah sumber kecantikan organik yang tiada tandingannya. Oleh itu, kami ambil lalu menjadikannya inspirasi utama bagi koleksi musim Bunga/Panas sebagai apresiasi kepada kecantikan alam semula jadi. Tiap-tiap satu rekaan menawarkan karakter sofistikasi, ciri feminin serta sempurna untuk digayakan ke acara sekalipun.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Khas buat peminat koleksi gelang tangan klasik kegemaran ramai dari Swarovski, Drawing Stardust dan Slake Bangles, koleksi musim bunga kali ini akan menggabungkan elemen yang ada pada kedua-dua gelang tangan berkenaan dengan memberikannya nafas baru. Ia kelihatan unik dimana kedua jenis gelang berkenaan ditocangkan menjadi satu, menghasilkan gelang tangan menarik malah terdapat dalam pelbagai pilihan warna.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Demi memperlihatakan peredaran musim bunga ke musim panas, Swarovski mengetengahkan rekaan yang diinspirasi dari kehidupan dasar laut seperti pusaran ekor kuda laut, tapak sulaiman dan kerang dengan menggunakan palitan warna terang. Manakala kristal pula dipotong menjadi bentuk asas geometri  agar dapat memberi impak yang lebih menonjol. Jika nak kelihatan glamor, akan lebih mempersona jika si pemakai mengenakan baju polos berwarna putih, sudah pasti aksesori Swarovski yang digayakan itu tampak lebih ketara bentuk dan warnanya.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

 

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mungkin ada juga diantara anda yang terfikir untuk mencari hadiah buat kesayangan anda. Swarovski begitu komited untuk menawarkan rekaan-rekaan manis sesuai untuk dijadikan pemberian istimewa pada hari istimewa. Contohnya seperti Hari Ulang Tahun, Sambutan Hari Ibu serta Hari Valentine. Ini kerana Swarovski kerap menghasilkan rangkaian baru yang bertepatan dengan tarikh-tarikh sambutan seumpamanya.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

 

Foto -ARkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.swarovski.com

 

Tags: aksesoribarang kemasfesyenKoleksi Musim Bunga/Panas '16KristalSwarovskiSwarovski Malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.