Nak cantik ibarat puteri zaman dahulu kala? Tahukah anda bahawasanya, orang dulu-dulu selalu manfaatkan sumber alam semula jadi. Yelah, waktu itu belum moden, manalah ada kajian saintifik, mesin-mesin canggih untuk menghasilkan keluaran produk yang bermutu atau pakar dermatologi yang boleh memulih masalah kulit sekelip mata.
Namun, sehingga kini, ramai yang tidak mempedulikan penggunaan air mawar sebagai salah satu produk kecantikan kulit yang dimestikan. Ia bertindak sebagai toner dan pelembap wajah yang sangat berkhasiat. Tidak dinafikan, penulis sendiri turut mengamalkan air mawar sebagai rutin penjagaan wajah.
Sesiapa yang mempunyai kondisi kulit kering atau masalah kulit terbakar dek kerana pancaran matahari yang terlalu terik, anda boleh memulih masalah kulit sensitif dengan hanya menggunakan air mawar. Penulis boleh jamin 99% berkesan!
Untuk pengetahuan anda lagi, kelopak mawar adalah bahan dasar untuk pembuatan air mawar ini. Beberapa produk kosmetik terkemuka lain juga sekian lama telah pun membuat formula air mawar mereka sendiri. Mungkin tidak banyak orang yang tahu khasiat dari air mawar. Daripada membeli, anda sebenarnya bisa membuat air mawar sendiri di rumah.
Berikut adalah cara membuat air mawar dan cara bagaimana menggunakannya sebagai medium perawatan kecantikan di rumah.
Cara membuat air mawar di rumah:
1. Didih air dan masukkan kelopak mawar segar. Biarkan sampai mendidih.
2. Alihkan periuk didihan tadi dan dinginkan air mawar.
3. Setelah beberapa jam, pindahkan air mawar ke dalam bekas yang bertutup sebelum anda memasukannya ke dalam peti sejuk, biarkan ia semalaman. Dalam masa yang sama, cuba untuk tidak membuka dan menutup peti sejuk selama air mawar berada di dalam.
4. Keesokannya, setelah kondisi air mawar telah betul-betul dingin, tapiskan lebihan kelopak mawar yang tertinggal dalam campuran air, asingkan pula ekstraknya (air mawar yang telah disaring) ke dalam botol kedap udara atau botol semburan yang anda boleh beli dari mana-mana farmasi berdekatan, di Daiso pun ada jual.
***Untuk menjaga kesegaran air mawar tersebut, selalulah simpan ia di dalam peti sejuk okay?
Manfaat air mawar untuk wajah:
1. Gunakan kapas untuk menerapkan air mawar pada wajah anda. Air mawar berfungsi untuk membersihkan wajah, membuka liang pori yang tersumbat serta bertindak menyegarkan kulit. Oh! Air mawar turut berbau harum! 🙂
2. Tambahkan beberapa titis air mawar untuk melembabkan kulit. Anda boleh juga mencampurkannya pada produk kosmetik atau sebagai pelarut masker wajah anda.
3. Limau purut juga adalah sangat baik untuk kesihatan kulit dan liang pori anda. Justeru, giling kulit limau purut kering sehingga teksturnya bertukar menjadi pes. Tambahkan beberapa titis air mawar dan gunakan campuran sebagai masker wajah. Biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit bersih dan bersinar.