Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

11 Cara Menarik Untuk Cipta Semula Kegunaan Epal

by Afiqah Syamin
November 20, 2015
Foto -www.wallcoo.net

Foto -www.wallcoo.net

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Fakta Menarik! Apple Inc mendapat inspirasi buah Epal dari Silicon Valley berdasarkan kebun buah-buahan di sana, dan dalam pada waktu yang sama, Epal merupakan buah kegemaran Steve Job tatkala beliau mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Logo ikonik berkenaan mungkin akan dipersembahkan secara penuh, tetapi Steve merasakan versi epal yang telah digigit itu akan kelihatan lebih comel! Yakni ianya kekal sehingga kini.

Foto -Bloomberg News
Foto -Bloomberg News

Tidak begitu bosan seperti yang disangkakan, Epal memiliki banyak kebaikan, bak kata bidalan Inggeris,“An apple a day keeps the doctor away.” Tetapi tahukah anda bahawasanya banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dengan jenis buah yang pernah disebut dalam lagu hit nyanyian Anita Sarawak itu?

 #1 Berfungsi sebagai lembapan kepada pastri yang dibakar

38f2
Foto -US Apples

Simpan kek dan pastri yang dibakar bersama sebahagian Epal, lebapan daripada buah berkenaan akan memelihara kesegaran serta kelembapan makanan yang dibakar itu tadi.

#2 Epal dapat bantu percepatkan proses buah-buahan lain untuk masak

Fall harvest baskets of fruit: apples, grapes, nuts and berries in apple orchard
Foto -Saxon Holt/PhotoBptanic

Buah Epal melepas sejenis gas yang dipanggil ethylene. Gas berkenaan dapat mempercepatkan proses buah untuk masak. Kalau nak buah mangga atau pisang untuk lekas masak,  bolehlah letak Epal berdekatan dengan buahan-buahan lain itu okay?

Nota: Namun helah ini tidak berkesan keatas buah oren, nanas, atau limau tangerine.

#3 Membuat projek seni anda tampak hebat!

5f53
Foto -MommyCoddle/Typepad

Masih ingat waktu sekolah dulu cikgu selalu galakkan kita untuk buat karya seni menggunakan cap yang dibuat menggunakan ubi kentang. Aha! sudah masanya untuk tukarkan kentang dengan Epal. Hasilnya, seni versi hipster tercipta. Hebat! -Rujuk gambar hiasan

#4 Boleh menjadi puzzle

f72a
Foto -Mental Floss

Sememangnya cara yang terbaik untuk menikmati Epal. Dengan hanya menggunkan 4 potongan strategik, anda boleh mengubah sebiji Epal menjadi puzzle. Kanak-kanak pasti sukakan ini! Salah satu cara yang para ibu boleh gunakan untuk memujuk anak mereka menikmati buah Epal yang menyihatkan! Tengok video untuk ketahui cara membuat puzzle Epal.

#5 Menangkap perhatian para jiran sehingga mereka tertanya-tanya dari manakah anda mendapat inspirasi untuk deko sambutan kali ini

a81a
Foto -anjuli_ayer/Flickr

Tiada apa yang lebih menarik daripada mengantung kalungan yang dicipta menggunakan hirisan Epal kering di sekeliling pohon Krismas anda!

#6 Boleh jadi cuka yang unik

1f8a
Foto -Instagram @strongbow_my

Epal adalah intipati sebenar cuka. Rasa minuman yang ditambah bersama jus Epal yang dijeruk adalah sangat sedap. Yang paling mengancam, cuka terasa lebih enak apabila direndam bersama estrak buah-buahan, madu, atau elderflower.

#7 Dapat mengecai gula yang telah berbuku

edd9
Foto -Svetlepote

Jika anda terfikir apa yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kembali tekstur gula pasir, terutamanya gula perang yang telah lama disimpan dan berbuku. Letakan gula berkenaan di dalam beg plastik yang boleh ditutup rapat bersama Epal yang dipotong kepada beberapa bahagian. Simpan ia ditempat kering selama satu hingga dua hari, dan lihat transformasi magik yang berlaku! Gula berbuku akan menjadi gula pasir yang normal semula.

#8 Epal sebagai dekorasi parti atau majlis keramaian

8bf4
Foto -Polka Dot Made

Bukan sahaja dilihat sebagai sesuatu yang sungguh menyegarkan, malah ianya menjimatkan kos. Tidak perlu susah-susah mendapatkan pemegang lilin yang mahal-mahal untuk buat dekorasi majlis anda nampak berseri, Epal sahaja sudah memadai. Cuma perlu menebuk lubang ikut saiz lilin yang hendak digunakan, selit lilin berkenaan ke dalam lubang yang siap ditebuk.

#9 Bisa Menjadi Teman Baik Buat Kulit Anda

bdda
Foto -Lily Pebbles

Sifat antioksidan Epal boleh melegakan kerosakan kulit yang dijejaskan oleh pancaran matahari. Selain itu, asid glycolic pula bantu membersihkan liang pori anda. Cuba campurkan Epal bersama madu untuk dijadikan mask muka semula jadi.

#10 Mampu menyerap rasa masin dalam masakan

1a96
Foto -Ambitious Kitchen

Jika anda tersilap langkah dengan menabur terlalu banyak garam ke dalam masakan, jangan risau, potong Epal dan  letakan ia kedalam masakan anda itu selama 10 minit. Epal akan bertindak menyerap lebihan rasa masin yang terkandung dalam makanan.

#11 Sebagai pembersih mulut

301c
Foto -GIFs Gallery

Kandungan Epal yang sedikit berasid dan kasar, kaya dengan serat menjadikan ia sejenis makanan yang boleh membersih dan memutihkan gigi. Tekstur kerangupannya pula bantu menghakis kesan kotoran degil pada permukaan gigi dari masa ke masa.

SUMBER

Tags: Buah Epalinfo menarikKebaikan Buah EpalKegunaan Epalmakanan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.