Bermula 19 November, saluran rancangan Korea paling meletop Oh!K baru sahaja melancarkan siri komedi terbarunya yang membawa para penonton ke alam kehidupan seorang gangster Yoon Tae-soo (Jung Joon Ho) dan keluarganya yang suka mendesak! Berdasarkan filem popular Korea, ‘Marrying the Mafia’, ‘Sweet Mob Family’ menunjukan bagaimana seorang lelaki bisa hidup dalam dua cara yang berbeza.
Ingin mencari kestabilan dalam menjadi seorang ketua keluaga yang sempurna serta sebagai ketua pasukan hebat di tempat kerjanya, Tae-soo selalu terjebak dalam keadaan yang malang serta lucu.
Sebagai seorang suami, dia juga kerap dibuli isterinya Kim Eun Ok lakonan Moon jung Hee dan anaknya Sung Min (penyayi BtoB, Lee Minhyuk). Tae-soo telah jauh tersasar daripada memiliki kehidupan yang bahagia!
Lebih teruk, situasi semakin mencabar apabila anak lelakinya itu pula berpacaran dengan seorang gadis bernama Hyun Ji (Penyanyi Girls Day, Minah) yang merupakan anak kepada Baek Ki Bum lakonan Jung Woon. Baek Ki Bum adalah sahabat lama Tae-soo yang kini telah bertukar menjadi lawan.
Adakah kedua bapa ini akan berdamai demi kebahagian anak mereka? Atau meneruskan perbalahan bagi menentukan siapakah mafia king yang sebenar?
Bagaimana susulan kesudahan drama ini? Untuk terus mengikuti rancangan hiburan keluarga terbaik, jangan lupa tonton siri komedi Sweet Mob Family bermula 19 November 2015, jam 8.55pm hanya di Oh!K, saluran 394 Astro.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ohk-tv.com