Aesop, sebuah jenama produk penjagaan muka, badan dan rambut yang berasaskan bahan organik dan dijana dari dalam makmal ini sememangnya sudah tidak asing lagi di mata individu yang amat menitik-beratkan keharmonian gabungan kandungan bahan sesuatu produk agar tidak mengundang bahana kepada kesihatan dan diri sendiri.
Kebaikan Aesop mengutamakan ramuan eksklusif yang terdiri daripada bahan tumbuhan dan zat-zat galian terbaik untuk dinikmati pengguna.
Kini, Aesop mengumumkan pembukaan kedai runcit di KLCC, yang direka dengan kerjasama arkitek Melbourne Russell & George. Ruang niaga serba putih penuh elegan dan sederhana dengan perincian tranquillising geometric, malah di tengahnya terdapat satu sudut untuk sesi rundingan pengguna bersama perunding terlatih dalam membantu mendapatkan pilihan produk terbaik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Aesop atau jika anda berminat untuk membeli rangkaian penjagaan wajahnya yang begitu halus dan mesra pengguna secara atas talian, sila layari www.aesop.com. Atau anda boleh pergi terus ke Aesop yang terletak di Aras Concourse, Lot No. C32 KLCC, 50088 Kuala Lumpur.