Dengan jumlah tontonan lebih daripada 2.3 juta sejak pelancarannya di platform YouTube rasmi CLEAR Malaysia, ‘Pelangi Cinta’, siri webisod yang berkisah tentang cinta dan keyakinan berakhir dengan manis di sebuah majlis minum petang eksklusif yang menampilkan Ejen Keyakinan CLEAR, Shaheizy Sam.
Siri ‘Pelangi Cinta’ yang dibintangi oleh pelakon terkenal Malaysia, Shaheizy Sam dan Juliana Evans – Ejen-Ejen Berkeyakinan CLEAR yang berperanan untuk memberi inspirasi keyakinan kepada pengguna agar tidak menjadikan masalah kelemumur sebagai penghalang utama untuk mencapai impian mereka, telah berjaya menambat hati penonton lelaki dan wanita yang menyedari bahawa keyakinan adalah aspek utama yang akan mendorong mereka supaya lebih berjaya di dalam kehidupan.
Sempena episod akhir ‘Pelangi Cinta’, CLEAR meraikan penghujungnya yang indah dengan pelancaran varian terbarunya CLEAR Sakura Fresh, gabungan formulasi teknologi terbaru CLEAR untuk merawat dan menghalang pertumbuhan semula kelemumur termasuk menyuburkan rambut dan kulit kepala untuk kesan perawatan yang berpanjangan dengan haruman yang dipertingkatkan.
Haruman ini telah dicipta oleh pakar haruman terkenal, Daniel Li, yang telah mendapat inspirasinya semasa bercuti di Nishinoya pada bulan April pada hari musim bunga ketika bersiar-siar di jalanan yang dibarisi pohon-pohon pokok sakura, beliau terpesona dengan keanggunan dan kesegaran bunga Sakura yang sedang mekar dengan kelopak-kelopaknya yang berayun indah dari pokoknya.
Melalui inspirasi ini, dengan ekstrak bunga sakura yang diadun ke dalam CLEAR Sakura Fresh yang baru memberikan pengguna kesegaran dan haruman yang berpanjangan kepada rambut seolah-olah memberikan rasa kecantikan dan keremajaan semuanya di dalam satu botol syampu anti-kelemumur.
Mereka yang berminat untuk kekal yakin tanpa ada sesuatu untuk dirahsiakan bermula dengan rambut yang bebas kelemumur boleh mendapatkan CLEAR Sakura Fresh dalam saiz 170 ml (RM 11.30) dan 340 ml (RM 18.90) di semua farmasi, pasaraya dan cawangan jualan utama di seluruh negara.
Untuk info lanjut, anda boleh semak laman web rasmi www.clearparis.my, Facebook www.facebook.com/ClearMalaysia dan saluran Youtube www.youtube.com/CLEARMalaysia.