Untuk pengetahuan anda, model Ferrari terbaru dan set permainan LEGO® kini boleh didapati secara eksklusif di stesen-stesen Shell.
Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.
Koleksi LEGO Shell V-Power yang dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO ini memperkenalkan enam jenis model baru yang menjanjikan keseronokan kepada pelanggan dengan hanya mengisi bahan api atau berbelanja di Shell.
Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, dan set Stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, dengan patung mainan Saintis Shell LEGO.
Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90.
Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 & HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter).
Koleksi LEGO® Shell V-Power
Koleksi edisi terhad ini meraikan Perkongsian Teknikal selama 60 tahun antara Shell dengan Scuderia Ferrari ke arah keunggulan prestasi. Shell telah bekerjasama dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO selama lebih enam bulan untuk menghasilkan kereta dan set mainan yang baru. Model kereta dalam koleksi baru ini sekali lagi menampilkan motor tarik ke belakang paling kecil yang pernah dihasilkan oleh Kumpulan LEGO. Model ini direka khusus untuk Shell bagi menggerakkan kereta sejauh lebih 2 meter dengan satu tarikan.
Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016 atau sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan dan aktiviti-aktiviti lain, sila layari www.shell.com.my/lego.