Beauty Bound Asia adalah sebuah pertandingan realiti pencarian bakat baru bagi pereka kecantikan melalui platform media baharu, YOUTUBE.
Youtube sekian lama telah menjadi tempat perkongsian ilmu berasaskan kecantikan serta hobi berfesyen diantara si pemilik akaun saluran dengan individu yang boleh digelar “begginer” atau mana-mana penonton umum yang menyaksikan koleksi video milik si pencipta.
Ia merujuk kepada jalinan perhubungan seseorang yang arif mengenai solekan, gaya dan fesyen dengan para pengikut atau digelar “subscriber” menurut istilah yang diguna pakai oleh saluran Youtube.
Tokoh kecantikan yang dikenali ramai sejak tiga tahun lalu, Michelle Phan, seorang anak muda yang mula menjinakan diri merakam dan memuat naik video miliknya melakukan rutin solekan, perkongsian tips motivasi serta panduan berfesyen secara berkala sehingga, bakatnya mula disedari dan dikagumi oleh para gadis dan wanita sejagat yang kini mengikut jejak langkahnya untuk mengapai impian sebagai seorang pakar dan tokoh kecantikan.
Pertandingan yang memakan masa hampir berbulan-bulan itu telah menyaksikan hampir 600 peserta dan lebih 1,600 video cabaran merentasi 11 daerah di seluruh Asia, dua pereka kecantikan daripada setiap bandar berjaya diumumkan.
Mereka terdiri daripada 22 pereka kecantikan yang terbaik di rantau ini termasuklah dari Kuala Lumpur, Sydney, Hong Kong, Jakarta, Manila, Bangkok, Singapura, Taipei dan tuan rumah lokasi penilaian peringkat akhir iaitu Jepun+Osaka. Mereka bakal mewakili bandar dan negara mereka dalam Grand Final Beauty Bound Asia pada 7 November 2015 di Tokyo, Jepun.
Malaysia akan diwakili dua orang gadis manis ceria iaitu Charis Ow dan MayJune Tan.
Acara gilang gemilang penilaian peringkat akhir itu nanti akan diserikan dengan kehadiran tujuh (7) pelopor kecantikan Youtube termasuk Michelle Phan sendiri, Luv2bfree, Saytiocoartillero, Katerina Beauty Blog, Wengie, So Youngs Beauty Room, Littlemissboo dan Arial Chan bagi mengadili serta menyaksikan permahkotaan pereka kecantikan Asia yang seterusnya.
Michelle Phan berkata, “Saya boleh dikatakan masih baru dalam arena ini. Bukan senang untuk memulakan saluran Youtube disamping mendapatkan perhatian serta keyakinan orang ramai terhadap diri kita sebagai karakter yang mengemudi sesebuah rancangan atau video berbentuk perkongsian serta panduan gaya hidup kerana ia begitu mencabar.”
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Youtube dan SK-II sebagai juri utama yang akan menilai dan memilih siapakan bakal juara pertandingan Asia’s Next Top Beauty Creator dan diharap individu yang terpilih bisa memperkasa generasi baru dalam soal kecantikan dan dandanan”, tambahnya.
Pemenang Beauty Bound Asia bakal membawa pulang gelaran Asia’s Next Top Beauty Creator, sekaligus hadiah bernilai US$10,000 termasuk barangan berupa produk kecantikan. Perjalanan peserta ke Tokyo dan New York juga akan ditaja penuh oleh para penaja pertandingan Beauty Bound Asia, serta pelbagai lagi peluang menarik untuk mempelajari serta bekerjasama dengan pereka kecantikan terkemuka dunia!
Untuk maklumat lanjut, sila layari beautyboundasia.com