Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Mengembara Bersama Hunny Madu & Anis Nabilah Dalam Siri Jom, Hong Kong!

by Afiqah Syamin
November 3, 2015
Hunny dan Anis mengalami keseronokan yang tidak terhingga sewaktu berada di Hong Kong. Foto -Arkib Wanista

Hunny dan Anis mengalami keseronokan yang tidak terhingga sewaktu berada di Hong Kong. Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hong Kong adalah sebuah bandar maju yang terletak di daerah republik China. Hong Kong adalah sebuah kota yang amat terkenal terkenal dengan bangunan pencakar langit, cahaya neon dan pelabuhan semula jadi yang dalam.

Kota metropolitan Hong Kong yang diterangi dengan cahaya lampu neon pada waktu malam. Foto -upload.wikimedia.org
Kota metropolitan Hong Kong yang diterangi dengan cahaya lampu neon pada waktu malam. Foto -upload.wikimedia.org

Bila lagi kita hendak ke sana? Baru-baru ini, dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Hong Kong, penyampai radio dan pengacara televisyen terkemuka tanah air iaitu Hunny Madu bersama chef selebriti Anis Nabilah sempat berkunjung ke bumi berkenaan untuk mengalami sendiri pengalaman keemasan berada di Hong Kong, melancong sambil mempelajari budaya dan warisan disana.

Hong Kong menjadi antara destinasi pelancongan yang digilai warga Malaysia. Khas buat pelancong Muslim, apa yang anda perlu tahu, Hong Kong juga seperti Malaysia, kaya dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Hunny and Anis trying to make the perfect Dim Sum
Hunny & Anis gigih belajar membuat sejenis lauk tradisi Cina yang digelar dim sum.

Oleh itu, jika anda ke sana, seperti Hunny dan Anis sendiri, terdapat banyak pilihan makanan halal umumnya sesuai untuk para pengembara Muslim termasuk pilihan gedung membeli-belah, tarikan ikon dan kesenian serta tempat makan luar biasa yang pasti menggugat jiwa anda.

Jom, Hong Kong! adalah sebuah rancangan pengembaraan realiti yang diacarakan oleh Hunny dan Anis merantau keseluruh pelusuk Hong Kong bagi membongkar kesemua tarikan dan keistimewaan yang terdapat di sana. Ia merupakan sebuah siri episod web yang anda boleh tonton bagi melihat sendiri pengalaman makan angin Hunny bersama rakannya Anis sewaktu disana.

hunny & anis
Foto -Facebook Anis Nabilah

Hunny yang merupakan peminat tegar fesyen berkata, “Hong Kong merupakan syurga busana yang begitu masyhur. Terdapat pelbagai pilihan fesyen yang menarik dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Anda pasti rambang mata”, tambahnya.

Mengulas lanjut, “Anis dan saya berseronok mencuba pelbagai jenis tudung yang bukan sahaja cantik, malah begitu terperinci rekaannya dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.”

Ramai pelancong dan penduduk tempatan berduyun-duyun berkunjung ke kedai-kedai menarik daerah Tsim Sha Tsui, Causeway Bay dan Stanley Market yang menawarkan pelbagai jenis pakaian kasual, koleksi pakaian sutera yang boleh dibasuh serta barangan cenderahati dalam kadar harga berpatutan.

stanley market
Foto -www.bkrm.com

Anda wajib tonton Jom, Hong Kong! episod yang ketiga dimana Anis dan Hunny sama-sama menyahut cabaran untuk bertutur dalam bahasa Kantonis sewaktu melakukan aktiviti jual-beli. Yang lebih menarik, anda juga akan diajar mengenai tips untuk membuat tawaran sewaktu berada di Hong Kong. Ya, jika anda tahu menawar, pastinya lebih seronok untuk membeli-belah.

Untuk tonton siri episod web Jom, Hong Kong! Sila layari www.discoverhongkong.com

Bot Hong Kong. Foto -www.telegraph.co.uk
Bot Hong Kong. Foto -www.telegraph.co.uk
Tags: Anis NabilahchinahiburanHong konghunny maduJomkembaraMelancongSiri Episod Webtravel
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Opie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?" Berbekalkan...

Baca Lagi
Foto - Okezone
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

by IamLisa
January 3, 2022
0

Wanita lain mengidam makanan, tapi isteri kepada penghibur Raffi Ahmad lain macam mengidamnya. Bayangkan dia teringin naik motor Vespa. Dipetik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka? Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.