Kesihatan amat penting bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Namun kadang-kala agak sukar bagi kita mendapatkan khidmat pemeriksaan mahupun nasihat daripada para pengamal perubatan yang benar-benar bersesuaian dengan diri dan jenis penyakit yang dialami.
Landasan kesihatan perpaksikan teknologi media baharu Practo kini telah melebarkan sayapnya di Malaysia ambil menawarkan dua rangkaian servis terbaik mereka iaitu Practo Search dan Practo Ray.
Mulai daripada 28 Oktober kelmarin, para pengguna di sekitar Kuala Lumpur kini boleh mendapatkan khidmat doktor di lebih dari 350 klinik dan 500 para pengamal perubatan yang tersenarai dibawah platform servis berkenaan. Merangkumi 50% liputan menyeluruh disekitar Kuala Lumpur, Practo kini merupakan pangkalan data yang terbesar dalam kota.
Tujuan Practo adalah untuk menyenarai kesemua pengamal perubatan dan doktor swasta di seluruh Malaysia. Semua nama yang tersenarai mempunyai kelulusan dan telah ditapis oleh pangkalan data berserta semakan pemerhatian oleh pegawai pasukan Practo sendiri. Oleh itu, segala servis dan nama doktor dan klinik yang ditawarkan adalah terjamin.
Selain memudahkan dan membawa industri perubatan Malaysia ke satu peringkat yang lebih efisyen, menyumbangkan servis terbaik dalam dunia perubatan khas buat para pengguna.
Practo Ray dan Practo Search biasa sahaja bantu menenangkan beban pengguna dengan memberi pilihan servis perubatan yang lebih bertepatan dan bersesuaian dengan mereka.
Pada bulan-bulan yang mendatang, Practo bakal marngkumkan servis mereka ke seluruh pelusuk Kuala Lumpur termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Puchong, Klang dan Seremban. Sehubungan perkembangan itu juga, ia bakal dibawa untuk meliputi daerah utara Malaysia pula iaitu bandar Georgetown, Ipoh, Taiping dan Alor Setar.
Untuk terus maju, Practo akan memperkenalkan lebih banyak produk penjagaan kesihatan, kecergasan, rawatan termasuk pencegahan dan perubatan di Malaysia. Semua produk Practo ini boleh didapati di web dan juga pada aplikasi mudah alih Practo yang boleh dimuat turun secara percuma melalui perisian IOS dan Android. Ia adalah satu sumber yang memudahkan untuk semua keperluan penjagaan kesihatan para pengguna di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.practo.com