Bentuk badan sudah menawan tetapi didepan kelihatan perut buncit, terus cacat penampilan.
Lea Michele tampil dengan crop top bersama denim short menampakkan perutnya yang rata di Majalah Women’s Health edisi November menjadi perhatian ramai malah ingin tahu rahsia bintang utama siri muzikal, Glee miliki perut idaman.
Ternyata perut rata Lea ini diperolehi tanpa bantuan personal trainer mahupun sebarang alatan sukan. Wanita 29 tahun ini mengaku hanya melakukan rutin sukan yang langsung tidak memerlukan kos sama sekali.
“Rutin saya hanyalah melakukan hiking, yoga malah pilates,” jelas Lea Michele.
Hiking
“Saya mendaki gunung empat kali seminggu, rasa senang sangat melakukan aktiviti luar. Perasaan pertama mendaki seperti, I did iiiit! I am the strongest person on the planeeeet!, di hari ketiga dan seterusnya “I’m in pain. This is horrible.”
Yoga
“Saya juga melakukan yoga. Yoga adalah kombinasi sempurna meditasi, detox dan fantastic workout.”
Pilates
Selain mendaki dan yoga, Lea juga melakukan pilates setelah diperkenalkan oleh Emma Roberts.
“Semasa sedang dalam tekanan, pilates adalah sukan yang paling tepat kerana saya jenis orang yang sangat aktif. Apa-apa yang berlaku, jika berbasikal, minum segelas wine atau menikmati makanan enak, pilates tetap menjadi ubat penenang.”
[SUMBER]