Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

“Saya Cukup Sedih Sekarang…Saya Berasa Sia-Sia Khidmat Saya Selama 22 Tahun” – Dr Siti Hasmah

by Lisa AG
October 29, 2015
138
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap segelintir ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak dalam usaha mencegah penyakit berjangkit dalam negara.

Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu yang merupakan seorang doktor perubatan sejak 1955, berkata pemberian vaksin dapat mencegah penyakit berjangkit seperti demam campak, difteria, kancing gigi, batuk kokol, tibi dan lain-lain dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau yang juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Negeri Kedah pada 1974, berkata sepanjang khidmatnya, pemberian vaksin berjaya menurunkan kadar kematian ibu dan kanak-kanak secara mendadak di negeri berkenaan.

“Saya cukup sedih sekarang…saya berasa sia-sia khidmat saya (sebagai doktor) selama 22 tahun. Vaksin penting untuk anak-anak kita. Saya tidak faham ibu bapa zaman sekarang menolak pemberian vaksin seperti polio atau nak bersalin di rumah. Kenapa (mentaliti) ke belakang?

“Tuhan bagi kita anak, kita mesti menjaga mereka dengan memberi suntikan vaksin dan makanan bagi memastikan sentiasa sihat,” katanya.

Dr Siti Hasmah secara berseloroh berkata beliau terpaksa turun padang mendidik orang ramai yang menolak pemberian vaksin.

IKLAN

“Saya fikir ini satu pusingan, dari tidak faham ke faham dan kembali ke tahap tidak faham (mengenai pemberian vaksin). Saya terpaksa ke bandar mendidik orang bandar yang sepatutnya lagi tahu mengenai kepentingan pemberian vaksin tetapi menolak pemberian vaksin,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya sebelum ini, dilaporkan berkata data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013, kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga Mei lepas.

Menurut Dr Hilmi, kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas, di mana bilangan kes ‘measles’ (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit ‘Pertsis’ (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes (2014) kepada 655 kes tahun ini.

Menurutnya lagi, trend peningkatan itu bukan hanya disebabkan faktor gerakan anti-vaksin tetapi merangkumi kurang kefahaman tentang kaedah pencegahan, kelewatan mendapatkan rawatan, kelemahan aspek pengurusan kes dan kontak serta peningkatan kedatangan warga asing yang tidak diketahui status vaksinasi mereka.

[SUMBER]

Tags: dr siti hasmahinfo kesihatankesihatanpenyakit di malaysiavaksin
Share55SendShare

Artikel Berkaitan

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Soph.Azz
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Soph.Azz
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Soph.Azz
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Soph.Azz
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.