Kopi adalah minuman yang digemai ramai. Aromanya yang memikat dan rasanya yang unik, membuatkan sesiapa pun jatuh hati.
Pembuatan kopi bukanlah semudah yang disangka, prosesnya perlu melalui beberapa frasa penting yang utama demi penghasilan biji kopi yang berkualiti agar rasa dan aromanya terpelihara dan umph!
Baru-baru ini, Caffe Crema mengalu-alukan kedatangan Juara Bertahan Dunia untuk kategori penyedia kopi atau barista iaitu Sasa Sestic. beliau bersama-sama penguasaha Caffe Crema sendiri, Elvin S berkongsi dan bertukar pendapat mengenai seni pembuatan kopi.
Tujuan Sasa hadir kesini adalah untuk berkongsi idea dan ilmu serta teknik pembuatan kopi yang sempurna bersama Elvin dan pasukannya. Ketertiban Sasa dan ahli kumpulannya di Melbourne sememangnya menjadi tunjang untuk membawa setiap sisipan kopi yang dihasikannya begitu bernilai dan memilki rasa yang tersendiri.
Bukan senang untuk mengadun atau membru kopi. Ia memerlukan fokus dan kepakaran yang tinggi. Memandangkan purata peminum kopi di Malaysia yang juga sedang berkembang mekar, ini adalah masa terbaik yang perlu diambil oleh pihak Elvin dan Caffe Crema untuk belajar daripada yang paling arif.
“Kami melihat dari sudut artistik, membawakan sasa kemari supaya beliau boleh berkongsi kepakaran serta ilmu pembuatan kopi yang beliau miliki melihatkan kebolehan Sasa cukup dikagumi oleh masyarakat di negara asalnya, Melbourne. Selain itu, saya juga amat berbangga kerana Sasa dapat melihat kepekaan dan kesungguhan Caffe Crema untuk terus menyediakan pengalaman menikmati kopi terbaik di sekitar Lembah Klang”, jelas Elvin.
Sasa Sestic menyatakan, “saya memulakan karier sebagai barista di Manuka yang merupakan lokasi utama para “Ona”. Ona bermaksud sekumpulan individu pencinta kopi di Australia.
“Pada pendapat saya, barista yang hebat adalah seseorang yang mahu mendapatkan yang terbaik daripada kopinya. Bagaimana rasanya, itu adalah keutamaan yang paling penting”, jelas anak jadi Australia itu.
“Kami hanya memfokuskan pemanggangan biji kopi yang bagus dengan menggunakan teknik konsisten dalam mendapatkan perisa kopi optimum. Teknologi seperti mesin hanyalah sekadar barang mainan sampingan bagi memperkaya bahan kopi yang telah sedia sempurna,” tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.caffecrema.my