Kendall Jenner, nama yang tidak asing lagi dalam dunia mewah Hollywood yang glamor dan bergermalapan.
Susuk tubuh langsing dan tinggi lampai sememangnya menjadi idaman setiap gadis yang seumurnya. Namun, walaupun dikelilingi dengan dunia populariti yang tiada batasan, tidak bermakna lingkungan waktu remajanya juga telah cukup sempurna. Dia turut mengalami suatu kondisi yang biasa dialami gadis yang meningkat dewasa dimana dia juga cenderung untuk kehilangan keyakinan diri.
Laporan dari sebuah portal gossip selebriti Hollywood mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa, gadis yang berumur 19 tahun ini tidak ketinggalan untuk turut mempunyai masalah kulit berjerawat. “Saya masih dapat ingat dengan jelas! Waktu itu saya berada di gred 8 atau 9”, jelasnya.
Kendall cuba mengimbau kembali sewaktu dia bersiar dan berehat ditepi kolam kawasan rumahnya, sementara kakak-kakaknya cuba memberinya nasihat berkenaan tips kecantikan tetapi dia cuba untuk tidak mengambil peduli akan apa yang diperkatakan itu.
Menurut bintang siri realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians berkenaan, “saya mempunyai jerawat sejak dari remaja sehingga kini dan ia merupakan frasa normal yang dihadapi oleh gadis yang sedang membesar,” tetapi Kendall juga mengakui dia menghadapi krisis dalam mengendalikan keyakinan dirinya.
“Sejak dari itu, saya menjadi seorang yang terlalu obses dan peka perihal keadaan diri saya. Ia benar-benar telah mengganggu-gugat kebolehan dan keyakinan saya, malah sehingga saya langsung tidak mahu memandang orang lain ketika saya sedang bercakap. Saya cuba menutup muka saya.”
Dia juga pernah berkongsi akan hal masalahnya bersama keluarganya, “tetapi mereka tidak pernah selayaknya membantu menenangkan kedukaan saya serta bagaimana saya harus melangkah kehadapan demi mempunyai kehidupan yang lebih menyeronokan.”
Seperti kebiasaan yang dilihat dalam Keeping Up With the Kardashian, Kim sering menjadi pendengar dan penasihat yang setia kepada kaum keluarganya. “Suatu hari pada malam krismas, saya menangis di dalam bilik saya dan kim masuk menjeguk saya. Kami berbual berdua dan bincangkan cara untuk mengatasi masalah ini bersama. Kim turut merasa simpati keatas saya,” ujarnya.
Selang beberapa tahun kemudian, dengan bantuan daripada pakar dermatologinya yang hebat, kulitnya semakin pulih. Kendall juga mula mendapatkan rawatan “Laser Genesis” iaitu merupakan satu bentuk terapi untuk membaik pulih tekstur kulit dan itulah rahsia yang membuatkan kulitnya halus dan licin sehingga kini.
“Disini, saya ingin semua orang faham bahawa situasi genting sebegini merupakan satu proses normal: Ia bukanlah perkara yang akan berterusan,” jelasnya. “Walaupun ketika kulit saya beransur pulih, saya masih lagi membutuhkan masa untuk kembali mendapatkan keyakinan diri”.
Mengakhiri perbualan, “Perlahan-lahan saya belajar untuk todak terlalu tertekan dan saya berada di peringkat yang paling melegakan tatkala saya meniti dewasa. Saya sedar ia adalah sebahagian daripada hidup untuk seseorang dan tidak sama sekali menentukan siapa anda”.