Lip Hop melindungi anda daripada sinaran matahari agar anda boleh berseronok! Inginkan perlindungan matahari yang mudah, Lip Hop ada penyelesaiannya.
Diformulasi dan dihasilkan di Korea, rangkaian produk Lip Hop menawarkan penyelesaian perlindungan daripada matahari yang mudah, menyeronokkan dan berkesan.
Pengarah Jenama Korporat Kesihatan & Kecantikan Dairy Farm Company Limited, Segolene Defline berkata: “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Lip Hop yang dihasilkan di Korea demi menyediakan produk berkualiti dan inovatif dalam memenuhi keperluan produk perlindungan daripada matahari. Koleksi ekstensif ini merangkumi apa jua aktiviti di luar rumah dan direka khas untuk menangani pelbagai masalah berkaitan perlindungan matahari. Sekali gus memberikan perlindungan pada harga yang berpatutan sepanjang masa.”
Sama ada anda gemar berenang atau sekadar bersiar-siar di bandar pada hari yang cerah, Lip Hop sememangnya dapat melindungi anda.
Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 PA++++, RM35.90
Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 PA++++ menggabungkan pelbagai fungsi ke dalam satu botol semburan yang mudah dibawa dan senang digunakan pada bila-bila masa sahaja. Semburan yang dihasilkan di Jepun ini memberikan perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB.
Kids Hypoallergenic Sun Protection Lotion SPF50 PA+++, RM34.90
Formula hypoallergenic pada losyen ini memastikan keselesaan pada kulit kanak-kanak yang sensitif. Namun ia tetap padat dengan dua kandungan semula jadi – Portulaca Oleracea dan ekstrak buah epal untuk membantu melegakan kulit selepas terdedah kepada matahari, selain menghalang kerosakan kulit akibat unsur radikal-radikal bebas.
Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80 PA+++, RM34.90
Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80 PA+++ diformulasi khas untuk membantu meningkatkan seri semula jadi kulit anda, pada masa yang sama memberi perlindungan daripada pancaran matahari. Melavoid™ Whitening Factor yang unik, kandungan pemutih aktif membantu mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam untuk mendapatkan kulit yang cerah dan berseri. Sebagai tambahan, ekstrak Hawthorn Berry membantu melegakan kulit selepas terdedah kepada matahari.
Super Defence EX Sun Protection Milk SPF115 PA+++, RM36.90
Super Defence EX Sun Protection Milk SPF115 PA+++ merupakan penyelesaian penuh untuk anda melindungi kulit daripada kesan matahari yang berbahaya. Formula Nano Double Anti-UV Defence melindungi serta menyerap sinaran UVA dan UVB dengan berkesan secara sekali gus untuk melindungi daripada bahaya sinaran matahari, memberikan kulit anda penampilan yang semula jadi. Ia mengandungi ekstrak-ekstrak herba dengan elemen anti oksida yang kuat bagi membantu menghalang proses penuaan seperti pembentukan garis-garis halus, kulit kasar dan tidak bermaya. Produk ini juga memanfaatkan kuasa Asid Hyaluronic – pelembab terbaik untuk penghidratanmendalam, sekali gus memastikan kulit anda kekal anjal dan segar.
Koleksi Lip Hop boleh didapati di semua cawangan Guardian Health & Beauty.