Hello fashionista diluar sana! Anda seharusnya tidak melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan pameran eksklusif Giant Ricky Bag by Ralph Lauren di Suria KLCC!
Soft Ricky Bag adalah antara koleksi beg tangan keluaran Ralph Lauren yang begitu mendapat sambutan daripada para pengemar fesyen dan pengumpul tas tangan seluruh dunia.
Untuk itu, ini adalah kali pertama Raplh Lauren membawakan pameran seumpamanya ke rantau Asia Tenggara selepas pameran siri jelajahnya di Hong Kong dan China baru-baru ini.
Untuk pengetahuan anda juga, pameran sulung Giant Ricky Bag telah dilancarkan pada September 2013 di Sacks Fifth Avenue, daerah kota metropolitan New York.
Rekaan tas tangan yang cukup berkelas itu dicipta semula dalam bentuk gergasi menggunakan kepakaran 4 orang seniman masyhur dan telah mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan dengan sentuhan mewah.
Ianya begitu terperinci dari rekaan key bell (kantung kunci), grommets (gegelung pengukuh tali kancing), hinggalah kepada kancing utama penutup beg dimana ia benar-benar berfungsi dan menyerupai beg yang sebenar.
Selain berwarna merah, objek gergasi itu berukuran enam (6) kaki tinggi dan lima (5) kaki lebar, boleh dikatakan ianya empat kali lebih besar daripada beg Soft Ricky bersaiz normal. Beratnya pula adalah 250 paun, menjangkau hampir 114 kilogram. Sungguh menakjubkan!
Diingatkan sekali lagi kepada anda dan para pengunjung, pameran beg Ricky gergasi sedang berlangsung di kawasan ruang legar luar butik jenama Ralph Lauren dari 17 – 25 Oktober ini. Jom ramai-ramai serbu KLCC untuk peluang melihat dan bergambar sambil berlatarkan karya agung beg gergasi yang wow!
Jumpa anda disana!