Hari bahagia adalah merupakan hari yang pastinya cukup berharga buat diri anda dan pasangan, ahli keluarga terdekat juga turut serta bergembira meraikan memori raikan cinta anda itu!
Sebagai persedian meniti hari perkahwinan, kek yang tersergam indah di hadapan meja utama santapan pengantin dua sejoli pastinya menjadi impian anda. Ya lah, sebagai seorang perempuan, kalau boleh semuanya nak serba-serbi sempurna. Betul?
Hendak kahwin cuma sekali seumur hidup, jadi kami berikan anda idea rekaan kek kahwin yang diinspirasikan daripada jenama fesyen mewah antarabangsa! Semuanya cantik-cantik belaka sampai nak makan pun rasa sayang.
Jika bakal suami anda bertanyakan mengapa anda inginkan kek kahwin semewah ini, mungkin anda boleh khabarkan pada si dia yang anda adalah pencinta fesyen yang sejati! Tak perlu risaulah, jika si dia benar sayang pada anda, hajat anda pasti dituruti!
Jom kita lihat!
#1 Kek & Pencuci Mulut Inspirasi – MARCHESA
#2 Kek Inspirasi – CHANEL RUNWAY 2015
#3 Kek & Donut Inspirasi – DOLCE&GABBANA MAMMA
#4 Kek & Biskut Medeleines Inspirasi – DIOR
#5 Kek & Macaron Inspirasi – VALENTINO PASTEL ROCKSTUD
#6 Kek Inspirasi – OSCAR DE LA RENTA
Amacam? Terpana tak?