Gerak Tari Swing Lindy Hop berasal daripada komuniti Afrika-Amerika yang terkenal dalam kalangan populasi berkenaan di Harlem, New York lewat tahun 1920-an berhubung dengan populariti tarian jazz ketika itu.
Di Malaysia, sebuah badan komuniti Tarian Swing iaitu LindyKL menganjurkan sebuah acara gilang gemilang bagi meraikan kemesraan tarian itu dalam kalangan masyarakat setempat.
Swing Out At Publika (SOAP) pastinya memeriahkan, membawa kelainan kerana para peserta berpeluang untuk menari di luar dan bukan di dalam studio atau dewan seumpamanya seperti kebiasaan. Ia juga merupakan acara tahunan selain satu-satunya acara tarian terbuka yang pernah dianjurkan dalam negara.
Badan komuniti LindyKL dibangunkan secara sukarela oleh Lionel Tan dan Joanne Khoo pada tahun 2011 yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Mempunyai satu tujuan utama iaitu memperkenalkan tarian klasik Afrika-Amerika itu kepada masyarakat Malaysia.
Pada acara berkenaan tahun lepas, LindyKL menerima hampir 100 penyertaan daripada orang awam yang berminat untuk menyertai kelas percuma tanpa yuran pembelajaran khas untuk penari baru. Sehingga kini, Komuniti LindyKL terus berkembang dengan adanya orang ramai dan pengikut yang sentiasa memberi sokongan untuk membawa acara atau tarian klasik barat itu kesatu tahap yang lebih maju sekitar Malaysia.
Pendatang baru sentiasa dialu-alukan untuk hadir ke majlis sosial mingguan LindyKL, bertempat dia New Star Studio, Taman Desa menempatkan sekurang-kurangnya 40 penari Swing professional yang bakal membuat persembahan untuk tontonan anda setiap Jumaat malam, tepat jam 9.00pm. Anda tidak perlu berasa takut untuk menyertai kelas latihan pengenalan kerana 30 minit sudah memadai untuk melengkapkan diri seseorang yang baru sahaja menceburi bidang tarian sebegini. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dan pasti ianya menjadi hobi baru anda selain dapat juga menyihatkan badan.
Jadi, jangan lupa untuk ke hadir ke acara tahunan Swing Out At Publika (SOAP), belajar sambil berhibur, pada 24 Oktober 2015 ini bertempat di The Square @ Publika bermula jam 7.30pm! Jangan lupa untuk pakai kasut bertapak rata untuk mengelakkan kecederaan kaki serta gayakan pakaian vintaj anda ala gadis primadona tahun 1920-an! Jumpa anda disana!
Pada Acara Swing Out Loud 2015 Anjuran LindyKL Yang Lepas
Untuk maklumat berkenaan acara dan penyertaan, sila layari www.lindykl.com