Anda tahu tak, terdapat banyak fungsi span dapur selain digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk kotor!
Ini dia lapan (8) cara pengunaan span dapur yang boleh anda aplikasikan di dalam rumah anda!
#1 Membersih Tumbuhan Rumah
Kadang-kala pengilat daun tumbuhan yang anda beli di kedai-kedai menjual alat berkebun atau di nuseri-nuseri pokok bunga boleh mengancam kesihatan tumbuhan rumah anda selain menyumbat pori dedaunnya. Sebaliknya, gunalah span basah untuk menjadikan daun tumbuhan rumah anda berkilat selain membersihkannya daripada habuk dan debu.
#2 Menyejukan Demam Panas
Basahkan span dengan air sejuk dan letakkan ianya diatas dahi pesakit, di belakang badan, di leher dan dimana sahaja yang terasa hangat. Tatkala air yang terkandung pada span semakin kering, panas badan anda juga akan semakin sejuk.
#3 Memelihara Sabun Buku
Anda perasan tak jika anda menggunakan sabun buku beberapa kali, piring sabun anda akan berkerak seterusnya berair sehingga menimbulkan rasa jijik dan was-was anda akan kebersihan sabun buku itu. Oleh itu, tempatkan sabun buku anda diatas span yang lebih lebar dan besar daripada sabun buku anda. Secara tidak langsung, ianya juga akan menyerap lebihan air dan kelembapan yang ada pada sabun dan lebih mudah untuk anda menggunakannya lain kali!
#4 Mengekalkan Kerangupan Sayur
Letakkan beberapa ketul span baru didalam laci penyimpanan sayur peti sejuk anda buat beberapa jam, setelah itu perahkan semua span-span itu tadi setelah ia menyerap kelembapan berlebihan yang ada di dalam laci penyimpanan tersebut. Dengan itu sayur yang disimpan di dalam laci peti sejuk anda itu nanti tidak akan cepat busuk, berair, layu dan kekal ranggup.
#5 Menghilangkan Bulu Binatang Peliharaan
Kita begitu menyayangi haiwan peliharaan kita. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh! Tetapi apabila tiba bab bulunya yang berguguran dan melekat pada hampir kesemua fabrik seperti sofa, permaidani dan kusyen di dalam rumah? Hmm… Cuba guna cara ini, lembapkan span dengan air dan lapkan pada permukaan yang memerangkap bulu haiwan peliharaan anda.
#6 Merapikan Riasan Kaki Anda
Tak perlu susah pergi ke kedai semata-mata untuk membeli pemisah kuku (nail separator) untuk merapikan riasan kuku kaki anda. Guntingkan sahaja span dapur dalam bentuk yang agak kecil, kemudian selitkan diantara jari-jari kaki. Mudah dan menjimatkan!
#7 Membuat Pek Ais Mini Bagi Merawat Kecederaan
Kadang-kala ais batu terlalu besar untuk diletakkan pada bahagian kecederaan dan lebam-lebam kecil terutamanya pada kanak-kanak. Dengan itu, untuk memudahkan keadaan, apa kata anda potong span dalam bentuk-bentuk kecil, rendamkan ia didalam air buat beberapa ketika, dan bekukannya didalam peti sejuk.
Tampalkan kiub span beku pada bahagian lebam dan bengkak menggunakan plaster. Bijak!
#8 Mengawal Penghidratan Tumbuhan Anda
Air adalah sumber nutrisi utama untuk tumbuhan selain cahaya matahari dan baja sebagai makanan tambahannya. Oleh itu, tempatkan span dibahagian paling bawah dalam pasu sebelum anda meletakkan tanah/pasir dan tumbuhan tersebut. Span itu akan bertindak untuk menyerap lebihan air kalau-kalau anda tersiram tumbuhan anda secara berlebihan. Secara tidak langsung, ianya juga bisa memberi sumber kelembapan kepada akar pokok dan tanah jika anda terlupa untuk menyiramnya.
Selamat Mencuba!