Sebagai pengedar rangakain produk kesihataan dan kecantikan, Watsons tampil memperkenalkan rangkaian produk penjagaan muka baharu keluaran jenamanya sendiri iaitu Water 360.
Memilih selebriti sensasi Youtube Joyce Chu untuk menjadi duta produknya musim ini, Water 360 telah diperkenalkan di seluruh negara Asia termasuk Macau, Hong Kong, Taiwan, China dan Singapura. Kebetulan pula, pelancaran produk baharu Watsons itu bertepatan dengan kejayaan penyanyi ayu itu untuk hit single terbarunya berjudul ‘Malaysia Chabor’ yang kini telah mencapai 10 juta tontonan di saluran Youtube miliknya.
Water 360 oleh Watsons diformulasikan dengan gabungan teknologi titisan air yang lebih maju dan keseimbangan hidro-lipid dimana Polyphenols dijumpai di dalam Ekstrak Gula Kelp. Ia membantu untuk mengekalkan kandungan minyak semula jadi dalam kulit.
Sifat Anti-pengoksidaan seperti extrak Alga Fucoidan yang terkandung dalam produk juga kaya dengan elemen bagi meningkatkan ketahanan kulit daripada sebarang kerosakan alam sekitar, sekaligus menjadikan kulit anda kelihatan bercahaya, sihat dan muda.
Terbukti, Water 360 Mineral Spring Water Drop Hydrating Sleeping Mask (topeng tidur) menjadi pilihan ramai memandangkan sehingga kini ia telah habis dijual lebih daripada 1.4 juta keping di Asia sahaja.
Topeng tidur yang mengandungi formula krim inovatif itu akan berubah menjadi titisan air apabila digunakan. Seterusnya, ia akan diserap ke dalam kulit, menyumbang penghidratan optimum dan bertindak sebagai perisai untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
Selain rangkaian topeng tidur Water 360, terdapat juga rangkaian toner pembersih, mousse pembersih, losyen muka, pre-essence, topeng pelembap dan semburan penenang kulit wajah. Kesemua produk daripada Water 360 boleh dibeli dari harga runcit serendah RM8.90 hingga RM63.
Anda juga boleh tonton muzik video baru, It’s A Long Day nyanyian Joyce Chu yang disokong penuh oleh Watsons Malaysia di www.youtube.com
Untuk maklumat lanjut berkenaan Watsons dan rangkaian penjagaan muka Water 360, sila layari www.watsons.com.my