Memang diakui, tidak banyak perubahan apabila menyentuh mengenai foto profil Facebook yang agak membosankan.
Semalam, Facebook mengumumkan bahawa foto profil peribadi setiap pemilik akaun media sosial itu bakal mendapat perubahan yang ketara. Menarik! Tiada lagi gambar yang kaku. Dunia semakin moden dan gambar bukan sekadar gambar. Foto profil di Facebook bisa menyokong format imej bergerak atau bahasa yang lebih saintifiknya, “Graphics Interchange Format” GIF!
Profil baharu itu pertama kali dilihat baru-baru ini dimana foto profil besar telah diletakkan di bahagian hadapan dan tengah . Perubahan secara drastik itu kini masih lagi menjalani ujian keberkesanan untuk lihat sejauh mana ia dapat memberi impak berguna kepada para pengguna. Antara ujiannya adalah termasuk video profil” sehingga tujuh saat yang akan menambah satu dimensi baru kepada reka bentuk Facebook.
Perubahan kecil ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat besar buat keluarga Facebook dan buat julung-julung kalinya Facebook menjemput semua penggunanya untuk berlaku kreatif dengan profil mereka.
Ciri baru itu masih lagi sedang diuji oleh bebrapa kumpulan dan individu terpilih serata Amerika dan United Kingdom demi menggantikan imej profil normal anda kepada 7 saat pusingan video. Sedikit sebanyak gambar profil anda bakal berubah daripada gambar profil kaku yang berada di penjuru atas sebelah kiri kepada video profil bergerak ke bahagian tengha profil.
Lebih hebat, Facebook juga akan memberi pilihan kepada para pengguna untuk menetapkan imej pada satu-satu masa mengikut kehendak mereka sebelum imej berkenaan akan bertukar kembali kepada imej yang sebelumnya. Ideanya adalah untuk memberi anda pilihan menetapkan masa seberapa lama anda mahu memaparkan foto profil yang berkenaan sebagai contoh, anda bercuti selama seminggu di Paris dan anda berpeluang untuk memaparkan foto anda di Kota Paris selama seminggu. Setibanya anda di Malaysia, foto profil anda berubah kembali kepada foto profil yang biasa.
Selain itu, para pengguna juga berpeluang menentukan lima (5) gambar pilihan mereka untuk diletakkan di ruangan istimewa seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Anda bisa menayangkan lima gambar memori kegemaran anda dalam waktu yang sama di halaman bahagian atas profil Facebook milik anda!
Ciri paparan lima gambar utama pada bahagian atas profil adalah untuk memudahkan orang lain untuk menjejaki anda di Facebook. Jika ada kawan-kawan lama yang mahu menghantar “friend request” kepada anda, adalah lebih mudah untuk mereka mengenali anda melalui paparan gambar di ruangan khas berkenaan.
Perubahan yang lebih hebat pada Facebook akan lebih menghantui anda selepas tersebarnya berita menegenai butang “unlike” yang juga bakal dilangsungkan, beberapa minggu lepas. Jadi, nantikan realitinya!