Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review - Filem

LAST oleh Nike: Filem Inspirasi Untuk Masyarakat Kearah Optimistik

by Afiqah Syamin
October 5, 2015
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nike, jenama global yang sangat sinonim dengan sukan. Rekaan serta kualiti barangan dan aksesori sukan yang dihasilkan adalah berprestij dan mampu menumbangkan jenama lain yang ada di pasaran. Sebagai sebuah syarikat yang unggul, sehingga kini, Nike tidak pernah berhenti melakukan khidmat pesanan masyarakat atau kempen Corporate Social Responsibility (CSR) disamping sering membawa pembaharuan dalam arena sukan.

Foto oleh www.marathons-event.com
Foto oleh www.marathons-event.com

Terus-menerus menyisip pemikiran positif dalam kalangan masyarakat dunia, sekali lagi, Nike tampil melancarkan iklan filem terbaru mereka yang memaparkan nilai dan ciri moral terbaik untuk diamati oleh kita semua.

Bait-bait kata dan potongan ayat yang disebut di dalam filem Last berkenaan boleh dikatakan sangat bijak kerana sedikit sebanyak ia menceritakan tentang sejarah asal perkataan dan acara Marathon yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang.

Acara marathon Athens moden adalah untuk memperingati “Pheidippides”. Beliau merupakan seorang askar dari medan perang di tapak bandar Marathon, Greece, Athens pada tahun 490 SM yang membawa berita kemenangan peperangan antara Yunani dan Parsi. Kemudiannya, lagenda menceritakan bahawa “Pheidippides” telah menyampaikan mesej bersejarah yang berbunyi “Niki!” bermaksud (“Kemenangan”), sebelum beliau rebah dan meninggal dunia. Itulah kesimpulan dramatik asal perkataan marathon mahupun acara sukan berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=OxunzQQNgQM&feature=youtu.be

Nike memberi motivasi membina melalui tayangan filem pendek berkenaan yang memaparkan kemegahan meraikan pelari terakhir yang menghabiskan larian malah mengetengahkan sudut kekurangan yang ada pada semua pelari.

Memilih “Anyone can be a runner; all you have to do is run.” sebagai cogan kata rasmi untuk kempen ini adalah sesuatu yang sangat bernas, selari dengan moto dan tujuan Nike yang mahu masyarakat lebih berkeyakinan dengan diri dan kemampuan mereka.

Nike dicipta oleh pelari untuk pelari, akan terus memberi inspirasi yang membina kepada masyarakat sekaligus memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua atlet dan pelari yang selama ini menjulang nama dalam arena sukan larian.

nike-run

Tags: Atlet LarianFilem LastFilem Run Oleh NikeLarilarianLarian JauhLastmarathonnikeNike Lastnike malaysiaNike RunOptimistikPositifsukanSukan Marathon
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Review - Filem

Filem The Call Lakonan Park Shin-hye Sangat Menakutkan!

by Sofie Azizlan
December 3, 2020
0

Siapa yang belum menonton filem The Call di Netflix? Kalau belum, patut atau tidak kamu menonton filem ini? Kalau diikutkan,...

Baca Lagi
Review - Filem

[ Pilihan Wanista ] 8 Filem Romantik “Underrated” Confirm Buat Kamu Menangis

by IamLisa
April 3, 2020
0

Kadang-kadang, sebuah filem walaupun tidak berjaya mendapat pulangan lumayan tetapi masih berjaya menghasilkan keseronokan di kalangan penonton. Jika anda tiba-tiba...

Baca Lagi
Foto - Arkib Wanista
Review - Filem

Tak Sangka Filem “Little Women” Adaptasi Novel Klasik Mampu Buat Wanista Rasa…

by Mas Idayu
February 20, 2020
0

Siapa sangka filem adaptasi daripada novel klasik mampu buat Wanista menitiskan air mata! Bagi Wanista, Filem "Little Women" berjaya menggarap...

Baca Lagi
Foto - Arkib Wanista
Review - Filem

Filem Anime “Hello World” Hampa Dan Tak Berapa Menyengat!

by Mas Idayu
February 4, 2020
0

Kamu suka tengok cerita anime Jepun? Baru-baru ini penulis telah menonton filem anime Jepun 'Hello World' di GSC One Utama,...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.