Bagaimana agaknya rutin waktu pagi anda? Umumnya, bangun tidur, mandi, bersiap dan terus bergegas ke pejabat betul tak? Eleh, tak memberangsangkan langsung! Perilaku yang biasa-biasa aja, tiada apa yang luar biasa.
Apa kata anda ambil masa untuk relaks dan cuba menjadi luar biasa. Dari saat ini, cuba mulakan pagi anda dengan sesuatu yang menguntungkan diri anda. Nak tahu bagaimana?
Telah terbukti bahawa sebarang senaman mampu meningkatkan mood seseorang. Antaranya adalah seperti yoga, zumba, pilates dan banyak lagi! Tetapi, apa yang anda tidak tahu sebenarnya, rutin regangan ringkas sahaja pun sudah cukup untuk buat hari pagi anda lebih bermakna.
Jika anda bisa meluangkan sekurang-kurangnya 5 minit setiap pagi untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri anda, ianya sudah cukup untuk beri diri anda peluang memulakan lembaran baru hari anda dengan sempurna.
Sebelum anda mandi dan menghirup kopi kegemaran anda, ambil masa lakukan 4 regangan ringkas ini. Pasti berguna!
#1 Regangan Leher & Bahu
Okay, mulakan dengan mencari tempat yang agak luas dan selesa agar mudah untuk anda melakukan rutin senaman ini. Duduk secara bersila sambil tundukan kepala anda kebawah, relaks kan otot-otot dan sendi anda. Selepas itu, perlahan-lahan pusingkan kepala anda dari kanan ke kiri, kekal selama 5 saat pada setiap sisi. Ulang perlakuan ini sebanyak 3 kali. Tiga kali disisi kanan dan tiga kali disisi kiri okay? Seterusnya, naikkan bahu anda keatas secara lembut, turunkan bahu anda kembali perlahan-lahan. Tarik dan hembuskan nafas pada masa yang sama. Akhir sekali, pusingkan bahu anda kehadapan dan kebelakang sebanyak tiga kali.
#2 Regangan Lentur Dada
Masih dalam posisi duduk bersila, genggam jari sambil meletakan ia dibelakang badan anda. Setelah itu, perlahan-lahan tolak lengan anda sehingga ianya sama paras dengan bahu anda. Jika tidak berkemampuan, tolak sahaja lengan anda sejauh mana yang anda boleh. Kekal pada posisi itu selama 20 saat. Jangan lupa tarik dan hembus nafas semasa regangan dilakukan.
#3 Regangan Berdiri
Sila berdiri dengan selesa, sambil lebarkan kedudukan kaki dan bahu anda. Angkat dan regangkan tangan anda setinggi yang boleh sambil jari digenggam atau pegang erat pergelangan tangan anda. Seterusnya, bengkokkan badan anda kearah kanan selama 10-20 saat. Ulang rutin yang sama kebahagian kiri pula. Ini akan membantu untuk meregangkan tulang belakang anda yang selalunya kaku dan mengetat pada watu malam. Dalam masa yang sama, mampu melancarkan pergerakan anda sepanjang hari! Kehidupan aktif sungguh menyeronokan!
#4 Regangan Hamstring (Otot Belakang Lutut)
Panjangkan kaki kanan anda kehadapan dan rehatkan ia diatas tumit kaki anda seperti dalam gambar. Letakkan tangan anda di bahagian atas peha. Seterusnya, bengkokkan kaki kiri anda itu dan bersandar sedikit kebelakang. Jika anda rasa bahagian Hamstring atau pelipat kaki anda tegang, itu bermakna anda telah berjaya melakukanya dengan betul. Kekal pada posisi selama 15 saat dan ulanginya pada kaki kiri pula. Regangan ini sangat berguna untuk mereka yang banyak berdiri seharian.
Ringkas kan senaman regangan ini? Walaupun begitu, percayalah yang ia dapat memberi perubahan yang BESAR di dalam kehidupan seharian anda! Selamat Mencuba!