Tanggal 16 September setiap tahun menandakan hari keramat yang dianggap sebagai satu simbol semangat dan kecintaan rakyat kepada Negera, Malaysia.
Baru-baru ini, pada sambutan Hari Malaysia yang lalu, Oreo telah menjalankan satu kempen kesedaraan berkenaan kecintaan negara disamping melancarkan satu video khas yang disuntik dengan remedi kesamarataan untuk memberitahu kepada semua bahawasanya walaupun kita sebagai rakyat Malaysia ini hidup di dalam pelbagai agama dan bangsa, kita semua masih lagi sama dan perbezaan yang dilihat secara terang-terangan itu adalah anggapan kosong semata-mata.
Oreo cuba menerapkan perpaduan melalui kempen wonderfilled, termasuk video yang mempunyai hampir 150,000 views di youtube dan Facebook itu dimana ia mengetengahkan konsep kegembiraan dan kebersamaan tanpa mengira asal-usul.
Untuk pengetahuan umum, kempen Wonderfilled ini telah dilancarkan ke peringkat global sejak tahun lalu dimana ia cuba membuka mata dan hati masyarakat seluruh dunia dengan menggunakan pendekatan sosial, imaginasi dan keseronokan.
Kadang-kala kesibukan harian membuatkan kita lupa dan alpa untuk melahirkan perasaan ingin tahu. Ditambah pula dengan khabar angin negatif yang sejak kebelakangan ini telah meracun pemikiran rakyat. Kita menjadi seorang yang malas berfikir sebaiknya dan dengan itu, ia telah menghalang diri kita untuk terus maju kehadapan dan berfikiran terbuka.
Nak melntur bulu biarlah daripada rebungnya. Sebagai jenama kegemaran kanak-kanak, Oreo nyata sedaya upaya untuk memikat hati golongan anak muda untuk turut menyisip rasa patriotisma ke dalam diri mereka disamping menikmati kerangupan lazat biskut berkrim Oreo.
Membuat setiap individu tetanya-tanya adalah salah satu cara terbaik untuk menerapkan ciri-ciri kebersatuan antara masyarakat. “Kami percaya bahawa melalui perkongsian hubungan dengan hati yang terbuka ini, rakyat Malaysia akan lebih memahami dan konsisten demi mencipta detik-detik yang bermakna bersama-sama sebagai rakyat dalam membina hari depan yang penuh positif dan keharmonian”, jelas Tan Chian Pang, Ketua Bahagian Biskut dan Makanan Ringan, Mondelez Malaysia Sales Sdn Bhd.
#Wonderfilled? #WonderfilledMalaysia Selamat hari Malaysia!