Komputer riba sememangnya sangat sensitif. Ianya mudah rapuh dan pecah jika tidak dikendalikan dengan betul. Dalam kehidupan masa kini, kebanyakan individu harus membawa komputer riba mereka sendiri ke tempat kerja. Kesesakan di stesen kereta api mahupun di jalan-jalan sibuk yang anda lalui sepanjang anda berjalan ke tempat kerja adalah sangat tidak ideal bagi peranti kesayangan anda itu.
Baru-baru ini, pengeluar perkakas aksesori bag dan komputer riba terkemuka Targus mengumumkan inovasi terkini yang jauh lebih mengujakan iaitu Grid Collection. Koleksi ini menjanjikan perlindungan yang sepenuhnya kepada para pengguna yang terdiri daripada golongan elit profesional hinggalah ke pengembara.
Material dan fabrik yang digunakan juga berkualiti dan tahan lebih lasak sesuai untuk digunakan walaupun dalam persekitaran yang lebih extrem. Cuba mewujudkan sesuatu kelainan, kali ini, koleksi dilengkapi bersama sistem empat (4) lapisan dimana setiap lapisan adalah terdiri daripada bumper getah tebal, kulit PU/PVC, memory foam dan fabrik Nylex lining.
Apa yang lebih menarik, rangkaian ini juga telah berjaya melepasi tahap ujian khas ketahanan jatuh oleh ketenteraan Amerika Syarikat MIL-STD-810G, dimana ianya berupaya untuk memelihara alat peranti seperti komputer riba yang ditampung di dalam bag berkenaan supaya tidak pecah atau rosak walaupun ujian tersebut telah dilakukan berulang kali setinggi 4 kaki.
Koleksi Grid daripada Targus ini adalah sesuai untuk anda yang kerap bergerak pantas seterusnya memberikan keselesaan yang berpadanan tatkala mengendong barang-barang yang ada bawa bersama di dalam bag. Sudah pasti rangkaian ini memberi daya ketahanan unggul dan maksimum.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi baharu Grid daripada Targus ini, sila layari www.targus.com.